CIANJUR – Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun berjaya dikeluark4n daripada runtuhan bangunan akibat gempa bumi berkekuatan 5.6 skala Richter di Indonesia pada Isnin lalu selepas mangsa terperangkap sel4ma 48 jam tanpa makanan dan air minuman.
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dram4tik itu dilakukan pada Rabu di bandar Cianjur, Jawa Barat yang terjejas teruk dan telah meragut sekurang-kurangnya 271 nyawa.
“Ia adalah satu keajaiban. Semua orang termasuk saya menangis gembira apabila melihat kanak-kanak itu masih bernyawa,” kata sukarelawan dikenali sebagai Jeksen pada Khamis.
Sebuah rakaman video yang dikeluarkan Pentadbiran Bogor turut memaparkan usaha mengeluarkan budak itu yang dikenali sebagai Azka dari bawah runtuhan rumah yang musnah di daerah Cugenang.
Difahamkan, ibunya terkorban dalam kejadian gempa itu dan mayatnya ditemui beberapa jam sebelum operasi menyelamatkan Azka.
“Kanak-kanak itu dijumpai di sisi mayat neneknya. Dia dilindungi oleh bantal. Kami tidak menjangkakan kanak-kanak itu mampu bertahan selepas tempoh 48 jam kerana dia terperangkap di ruang yang sempit dan gelap serta tiada lubang pengudaraan yang sempurna,” ujar Jeksen sambil menjelaskan Azka terselamat kerana tidak ditimpa dinding yang runtuh walaupun berada pada jarak yang sangat hampir dengan konkrit itu pada kira-kira 10 sentimeter.
Sementara itu, anggota penyelamat memaklumkan kebanyakan korban gemp4 itu adalah k4nak-kanak di sekolah atau yang berada di rumah kerana tidak sempat menyelamatkan diri.
“Masa semakin suntuk untuk menyelesaikan misi menyelamat itu selain berdep4n cuaca buruk.Kami telah mengerahkan 6,000 anggota penyelamat. Kami akan terusk4n usaha mencari mangsa yang mungkin masih terselamat.
“Tolong doakan kami agar 40 lagi mangsa termasuk kanak-kanak perempu4n berumur tujuh tahun yang dilaporkan hilang dapat ditemui,” kata Ketua Badan Nasional Penanggul4ngan Bencana (BNPB), Suharyanto. – AFP