SHAH ALAM – Kerajaan Selangor memperuntukkan sebanyak RM1.471 juta bagi kerj4-kerja pembaikan cerun di Taman Bukit Permai, Ampang.
Exco Infrastruktur, Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani Selangor, Ir Izh4m Hashim berkata, peruntukan itu telah dilulusk4n dan kerja baik pulih sedang dijalankan.
Menurut Izham, cerun tersebut telah diwartakan sebagai kawasan lapang dengan penyelenggaraan cerun ber4da di bawah tanggungjaw4b Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).
“Status baik pulih cerun di Taman Bukit Permai ini mencapai kemajuan 62 peratus,” katanya semasa menjawab pertanyaan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teratai, Lai Wai Chong berhubung status pembaik4n cerun di Taman Bukit Permai, Ampang dan bantuan kepad4 keluarga mangsa pada sidang Dewan Undangan Selangor (DUN) Selangor pada Khamis.
Menurut beliau, sebanyak RM35,000 disalurkan kepada 70 keluarg4 terjejas dan setiap mereka mendap4t RM500, selain bantuan kerosakan kenderaan membabitk4n peruntukan sebanyak RM3,000 membabitkan enam penerima dengan masing-masing mendapat RM500.
“Sumbangan ini daripada Tabung Amanah Negeri Selangor dan juga sumbangan daripada Pemerbad4nan Menteri Besar (MBI) Selangor,” ujar beliau.
Izham memberitahu, menerusi sumbang4n MBI Selangor di bawah program tanggungjawab sosial korporat (CSR) pula menyediakan sebanyak RM10,000 masing-masing kepada empat waris m4ngsa yang meninggal dunia dengan membabitkan peruntukan sebanyak RM40,000.
“Bagi mangsa yang cedera pula sebanyak RM5,000 diperuntukk4n, manakala rumah rosak pula setiap keluarga menerima RM5,000 membabitkan 11 rumah dengan jumlah kos keseluruhan RM55,000,” kata beliau.