KUALA LUMPUR – Beber4pa pemimpin Perikatan Nasional (PN) tiba di kediaman Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara seawal jam 9.25 pagi.
Difahamkan, mereka berkumpul di sana bagi menunggu keputus4n Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja yang diadakan di Istana Negara pada Khamis.
Antar4 pemimpin yang lihat hadir termasuk Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu; Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bers4tu, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof; Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Ketua Wanita PN, Datuk Seri Rina Mohd Harun.
Dalam pada itu, Ahmad Faizal meraikan petugas media yang berada di lokasi dengan menghant4r pek nasi beriani sebanyak 30 bungkus sekitar jam 11.30 pagi.
Media yang berpanas turut dipasangkan dua khem4h hasil inisiatif Ketua Penerangan Armada Malaysia, Ashraf Mustaqim.