GRS Sertai Kerajaan Perpadu4n, Capai Majoriti Dua Pertig4 Parlimen – PM Anwar

GRS Sertai Kerajaan Perpaduan, Cap4i Majoriti Dua Pertiga Parlimen – PM Anwar

PUTRAJAYA, 25 Nov (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata kerajaan perpaduan pimpinannya telah mencapai majoriti dua pertiga melalui penyert4an terkini oleh Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Bercakap pada sidang media pada hari pertamanya memasuki Pejab4t Perdana Menteri di Perdana Putra di sini hari ini, Anwar berkata perkara itu dimaklumk4n kepadanya oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor yang juga Pengerusi GRS.

“Ini akan memperkukuh kestabilan politik negara dan boleh menumpuk4n perhatian dalam kerja-kerja mengangkat martabat negara, mengukuhkan ekonomi deng4n maksud untuk membela nasib rakyat,” katanya.

Jumlah kerusi diperluk4n untuk mendapatk4n majoriti dua pertiga Dewan Rakyat adalah 148 kerusi.

Mengenai pembentukan Kabinet, Anwar berkata saiznya akan diperkecilk4n dan beliau akan meminta persetuju4n daripada ahli-ahli yang akan dil4ntik nanti untuk mengurangkan gaji mereka.

Menurutnya, pembentukan Kabinet masih dalam perbincang4n dan akan diumumkan segera mungkin.

Anwar berkata beliau ak4n merujuk kepada parti-parti terlibat berhubung pembentukan Kabinet.

“Parti masing-masing akan mengusulkan nama. Jadi, saya harus berik4n pertimbangan sedemikian,” katanya ketika ditanya mengenai pecahan anggota Kabinet mengikut parti.

Pada sidang media sulungnya sebagai perdana menteri malam tadi, Anwar menegaskan kerajaan perp4duan yang dibentuk dengan penyertaan beberapa parti akan memastikan kestabil4n negara dan ekonomi serta menjunjung semangat Perlembagaan Persekutuan.

Beliau berkata tiga komponen terbesar yang membentuk keraj4an perpaduan adalah Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Anwar sebelum ini dilaporkan berkata akan mengecilkan saiz Kabinet kep4da maksimum 25 menteri sahaja berbanding jumlah 31 menteri dalam pentadbiran bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

— BERNAMA

Sumber: BERNAMA

About Mat Lan Editor

Check Also

aman-palestin-dakwa-sprm-bermiat-jahat,-beri-tempoh-3-hari-nyah-beku-akaun

Aman Palestin dakwa SPRM bermiat jahat, beri tempoh 3 hari nyah beku akaun

Aman Palestin dakwa SPRM bermiat jahat, beri tempoh 3 hari nyah beku akaun. Aman Palestin …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments