ACT FAST: Elak Kemasukan Hospital & Kemati4n Akibat Jangkit4n COVID-19

Semenjak COVID-19 meland4 tiga tahun yang lalu, sudah berjuta manusia di seluruh dunia dijangkiti virus ini (1). Di Malaysia sahaja, lebih 4.8 juta rakyat Malaysia dijangkiti dengan kira-kira 36 ribu kematian (2). Namun, dengan kehadiran vaksin dan ubat-ubatan, SOP pun semakin dilonggarkan. Orang ramai juga sudah menerima dan meng4nggap wabak ini seperti demam selesema biasa. Pun begitu, sekiranya dijangkiti, adak4h cukup untuk sekadar kuarantin diri di rumah?

Baru-baru ini, Siakap Keli tel4h menemu bual Pakar Penyakit Berjangkit, Dr Muhammad Yazli Yuhana untuk mendapatkan pandangannya.

Bagaimana kita tangani penularan COVID-19?

Seiring dengan fasa ‘Peralihan ke Endemik’, kita perlu menget4hui dan mengambil langkah-langkah pencegahan kesihatan awam, vaksinasi dan membud4yakan gaya hidup sihat (3).

Dua cara kita tangani COVID-19, iaitu melalui penceg4han dan rawatan:

Pencegahan: Vaksin COVID-19 diberikan untuk mengawal penularan penyakit COVID-19. Apabila sem4kin ramai orang mendapat vaksinasi, semakin ramai penduduk membentuk antibodi dan seterusnya mengurangk4n kebarangkalian berlaku komplikasi penyakit COVID-19 yang lebih teruk (4).

RawatanRawatan diberikan kep4da pesakit COVID-19, terutamanya mereka yang berisiko tinggi untuk mengelakkan penyakit menjadi lebih teruk, mengurangkan risiko kemasukan ke hospital dan kem4tian (5). COVID-19 boleh menyebabkan penyakit yang teruk sehingga memb4wa kematian (6). Walau bagaimanapun, rawatan harus dimulakan secepat mungkin sejak mula bergejala (7).

Siapakah antara golongan berisiko tinggi, Dr Yazli?

Pesakit COVID-19 boleh hadir ke CAC (Pusat Penilaian COVID-19) atau hospital terdekat untuk pemeriks4an lanjut (8). Antara mereka yang berisiko tinggi adalah (9):

  • Warga emas
  • Kanak-kanak
  • Pesakit kronik atau mereka yang mempuny4i komorbiditi (diabetes, hipertensi, sakit jantung, asma)
  • Pesakit imuniti rendah (kanser, HIV)
  • Mereka yang menghidap penyakit autoimun, seperti lupus dan rheumatoid arthritis (10)
  • Wanita mengandung

Apakah itu komorbiditi? (10)

Penyakit komorbid adalah salah satu istilah yang sering dikaitk4n dengan penyakit COVID-19. Mereka yang mempunyai penyakit komorbid adalah lebih berisiko menderit4 gejala yang parah apabila dijangkiti COVID-19.

Komorbid ditakrifkan sebagai orang yang mempunyai dua atau lebih penyakit/ keadaan perubata4n yang tidak berkaitan secara serentak. Sebagai contoh, pesakit diabetes boleh menghidap tekanan darah tinggi (hipertensi), atau pesakit kanser yang menghidap penyakit asma pada masa yang sama.

Saya ingin menekankan bahawa mereka yang ada komorbid adalah berisiko tinggi untuk mengal4mi kesan yang teruk daripada COVID-19 sekiranya dijangkiti.

Macam mana rutin buat test COVID-19? Kalau tak ada simptom masih perlu buat test? Kekerapan?

Masyarakat disarankan membeli serta menggunak4n kit ujian kendiri COVID-19 yang dijual di pasaran untuk tujuan diagnosis (11). Langkah berkenaan amat penting terutamanya bagi golongan rentan termasuk warg4 emas dan ahli keluarga yang mempunyai masalah komorbiditi dalam usaha mengel4kkan jangkitan tidak disedari sehingga terlewat merawatnya (12).

Individu yang perlu menjalani ujian saringan adalah individu yang mempunyai gejala dan yang mempunyai kontak rapat dengan pesakit disahkan positif COVID-19. Sekiranya anda disahkan negatif dan tiada gejala, maka tidak perlu untuk melakukan ujian ulangan (13).

Jika dah test & positif, perlu jumpa doktor?

Golongan berisiko tinggi dinasihatkan hadir ke CAC di Klinik Kesih4tan dan hospital kerajaan terpilih untuk dinilai kesesuaian rawatan (14).

Individu yang positif dan mengalami simptom yang semakin teruk juga dikehend4ki hadir ke CAC atau hospital berhampiran segera untuk pemeriksaan lanjut (15).

Orang ramai dinasihatkan agar terus mematuhi saran4n dan nasihat kesihatan termasuk amalkan TRIIS (Test, Report, Isolate, Inform, and, Seek) sebelum menghadiri aktiviti sosial atau jika bergej4la dan dapatkan ujian COVID-19 dengan segera jika mereka mempunyai simptom (15).

Buat test ada simptom, sekadar ambik Paracetamol. Membantu? (16) 

Paracetamol boleh melegakan kesakitan ringan atau sederh4na; ia boleh membantu melegakan kesakitan (ketidakselesaan) yang disebabkan oleh sakit kepala, sakit gigi, sakit belakang, sakit artritis, sakit otot, osteoartritis, sakit kitaran haid atau senggugut, dan mengurangkan suhu badan dan/atau ketidakseles4an akibat demam.

Bagaimanapun, orang ramai disarankan agar segera mendap4tkan rawatan di hospital berdekatan jika gejala COVID-19 yang mereka alami semakin memburuk.

Paracetamol merupakan salah satu ubat yang digunakan untuk merawat gejala ring4n COVID-19 seperti demam, orang ramai perlu sedar bahawa ia bukanlah penawar untuk COVID-19.

Apakah jenis rawatan pula untuk COVID-19?

Ubat antiviral – Kementerian Kesihatan (KKM) sudah menggunakan ub4t antiviral di fasiliti kesihatan KKM bagi merawat pesakit COVID-19 kategori dua dan tiga, sejak 15 April lalu. Rawatan ini dapat mengurangkan kesan teruk jangkitan dan kadar kematian pesakit COVID-19 (17). Seperti yang dikatakan tadi, rawatan harus dimulakan secepat mungkin selepas diagnosis dilakukan untuk keberkesanan yang optimum (7).

Ubat antibodi monoclonal – ubat ini boleh digunakan sebagai profilaksis pra-pendedahan atau Preexposure prophylaxis (PrEP) untuk golongan yang belum dijangkiti COVID-19 tetapi berisiko tinggi untuk dijangkiti (17).

Sumber: Majlis Keselamatan Negara

Walaupun Malaysia sudah memasuki Fasa Peralihan ke Endemik (3), namun ia bukan bermakna  negara telah bebas sepenuhnya daripada ancaman COVID-19. Justeru, seharusny4 semua pihak terus mengambil langkah pencegahan yang sewajarnya. Usah merasa malu masih memakai pelitup muka atau enggan berjabat tangan (18).

Setiap individu di Malaysia wajar terus memainkan peranan membendung penularan COVID-19. Terus mengamalkan SOP bagi mengelak dijangkiti bukan bermakna penakut, tetapi untuk memastikan kekal produktif buat diri dan keluarga. Dalam masa sama, kita boleh membantu menjaga keselamatan insan lain yang masih dikategorik4n sebagai golongan rentan, yang tidak boleh mengambil vaksin disebabkan faktor kesihatan (18).

Yang paling penting, bertindak pantas jika and4 test positif dan bergejala. Amalkan TRIIS (Test, Report, Isolate, Inform and Seek) dan dapatkan nasihat doktor segera, terutamanya jika anda antara golongan berisiko tinggi.

Approval code: PP-PAX-MYS-0145-11NOV2022

Senarai penuh sumber rujukan:

1) World Health Organization (WHO). WHO Coronavirus (COVID-19) Dashboard. Last accessed: 9 Nov 2022. Retrieved from: https://covid19.who.int/

2) COVIDNOW. Data and insights on COVID-19 in Malaysia. Last accessed: 9 Nov 2022. Retrieved from: https://covidnow.moh.gov.my/

3) Kementerian Kesihatan Malaysia. Fasa ‘Peralihan ke Endemik: Langkah 4 – Ketahui dan amalkan pencegahan COVID-19. Last accessed: 9 Nov 2022. Retrieved from: https://covid-19.moh.gov.my/reopeningsafely/semasa/2022/03/fasa-peralihan-ke-endemik-langkah-4-ketahui-dan-amalkan-pencegahan-covid-19

4) Kementerian Kesihatan Malaysia. Soalan Lazim Mengenai Vaksin dan Imunisasi COVID-19. Last accessed: 9 Nov 2022. Retrieved from: https://www.infosihat.gov.my/images/media_sihat/lain_lain/pdf/vaksin%20imunisasi.pdf

5) BERNAMA. Rawatan mampu kurangkan kemasukan hospital akibat COVID-19. Last accessed: 9 Nov 2022. Retrieved from: https://www.bernama.com/bm/am/news_covid-19.php?id=2078148

6) Kementerian Kesihatan Malaysia. Soalan Lazim Mengenai COVID-19. Last accessed: 9 Nov 2022. Retrieved from: http://www.myhealth.gov.my/wp-content/uploads/SOALAN-LAZIM-COVID-19.pdf

7) Kementerian Kesihatan Malaysia. Kriteria Kelayakan Permulaan Rawatan Ubat. Last accessed: 9 Nov 2022. Retrieved from: https://covid-19.moh.gov.my/semasa-kkm/2022/07/kriteria-kelayakan-permulaan-rawatan-ubat-antiviral-paxlovid-secara-oral-untuk-pesakit-dengan-penyakit-ringan-kategori-2-3

8) Kenyataan Akhbar KPK. Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia. Last accessed: 9 Nov 2022. Retrieved from: https://kpkesihatan.com/2022/07/11/kenyataan-akhbar-kpk-11-julai-2022-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia-minggu-epidemiologi-27-3-9-julai-2022%EF%BF%BC/

9) Kementerian Kesihatan Malaysia. Golongan berisiko tinggi COVID-19. Last accessed: 9 Nov 2022. Retrieved from: https://covid-19.moh.gov.my/faqsop/faq-covid-19-kkm

10) Alodokter. Penyakit Komorbid dan Kaitannya dengan COVID-19. Last accessed: 9 Nov 2022. Retrieved from: https://www.alodokter.com/penyakit-komorbid-dan-kaitannya-dengan-covid-19

11) Sinar Harian. Pakar saran orang ramai buat ujian kendiri Covid-19. Last accessed: 9 Nov 2022. Retrieved from: https://www.sinarharian.com.my/article/166231/berita/nasional/pakar-saran-orang-ramai-buat-ujian-kendiri-covid-19

12) Berita Harian. Golongan rentan perlu ujian kendiri berkala. Last accessed: 9 Nov 2022. Retrieved from: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/03/930141/golongan-rentan-perlu-ujian-kendiri-berkala

13) DoctorOnCall. Kekerapan melakukan ujian Covid-19. Last accessed: 9 Nov 2022. Retrieved from: https://www.doctoroncall.com.my/tanya/soalan/kekerapan-melakukan-ujian-convid-19/131377

14)  Berita Harian. COVID-19: Pesakit ambil ubat sembuh sepenuhnya – KJ. Last accessed: 9 Nov 2022. Retrieved from: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/05/954561/covid-19-pesakit-ambil-ubat-paxlovid-sembuh-sepenuhnya-kj

15) Berita Harian. Kategori 1, 2A tidak perlu ke CAC – Noor Hisham. Last accessed: 9 Nov 2022. Retrieved from: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/02/919828/kategori-1-2a-tidak-perlu-ke-cac-noor-hisham

16) Harian Metro. Paracetamol beri kelegaan kesakitan ringan gejala COVID-19. Last accessed: 9 Nov 2022. Retrieved from: https://www.hmetro.com.my/sihat/2022/06/849295/paracetamol-beri-kelegaan-kesakitan-ringan-gejala-covid-19

17)  Berita Harian. COVID-19: Rawatan Paxlovid diperluas ke fasiliti kesihatan swasta. Last accessed: 9 Nov 2022. Retrieved from: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/06/963742/covid-19-rawatan-paxlovid-diperluas-ke-fasiliti-kesihatan-swasta

18) Kosmo. Endemik, kita masih berisiko dijangkiti. Last accessed: 9 Nov 2022. Retrieved from: https://www.kosmo.com.my/2022/03/12/endemik-kita-masih-berisiko-dijangkiti/

19) Majlis Keselamatan Negara. Amalkan Kaedah TRIIS. Last accessed: 9 Nov 2022. Retrieved from: https://www.mkn.gov.my/web/ms/2022/05/09/amalkan-triis-selepas-pulang-berhari-raya/

About Mat Lan Editor

Check Also

‘gajah-rempuh-kereta-aku!-syukur-semua-selamat-kereta-boleh-baiki’

‘Gajah rempuh kereta aku! syukur semua selamat kereta boleh baiki’

Sebuah keluarga berdepan detik cemas setelah kenderaan yang dinaiki dirempuh seekor gajah ketika melalui Lebuhraya …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments