Negeri Sembilan Umum Bonus Sebulan Seteng4h Gaji Atau Minimum RM 2,500 Untuk Penjawat Awam Negeri
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini mengumumkan bonus atau Bantuan Khas Kewang4n sebanyak sebulan setengah gaji atau minimum RM 2,500 kepada kira-kira 5,599 penjawat awam negeri.
Menurut laporan BERNAMA, bonus berkenaan akan dibayar pada awal Januri dan minggu pertama April tahun depan.
Menteri Besarnya, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, pemberi4n bonus berkenaan adalah bagi menghargai perkhidmatan yang diberikan penjawat awam dalam menambah baik urus tadbir kerajaan dan senti4sa komited menggalas tanggungjawab masing-masing.
Terdahulu, beliau membentangkan Belanj4wan 2023 berjumlah RM 550 juta deng4n anggaran hasil sebanyak RM 450 juta dan belanjawan pembangunan sebanyak RM 130 juta.
Belanjawan bertemakan ‘Melunas Janji dan Menggalas Harapan’ itu mer4ngkumi sektor pembangunan sosial, pertanian, infrastruktur, kerohanian, pentadbiran dan pelancongan.
“Belanjawan 2023 yang dicadangkan ini merupakan belanjawan defisit sebany4k RM100 juta. Sungguhpun ia merupakan tahun ketiga pembentangan belanjawan secara defisit, namun dibuat secara bersas4r dan masih dalam batas keupayaan rizab tunai negeri.
“Belanjawan defisit ini juga merupakan intervensi kerajaan negeri d4lam merangsang ekonomi domestik berdasarkan model Input-Output yang dibangunkan,” katanya ketika membentangkan belanjawan itu pada Persidangan Keempat (Belanjawan) Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-14 di sini.
Katanya lagi, hasil cukai dijangka menyumbang sebanyak RM 159.84 juta, hasil bukan cukai di4nggarkan sebanyak RM 227.96 juta dan terimaan bukan hasil pula adalah RM 62.20 juta.
Sumber: Bernama