Saf Sekitar Stadium, Foto Solat Jumaat Dianjurkan Bu4t Kali Pertama Di Piala Dunia Jadi Viral
Buat kali pertama dalam sejarah, ratusan peminat bola termasuk pemain dan pegaw4i yang terlibat dengan penganjuran Piala Dunia telah menunaikan Solat Jumaat di perkarangan Stadium Ahmed bin Ali Stadium dan Stadium Al-Thamma. Piala Dunia 2022 yang berlangsung di Qatar merupakan edisi pertama di mana negara tuan rumahnya merupakan negara Islam.
Beberapa foto dan video yang merakam detik-detik berkena4n dikongsikan oleh orang ramai di media sosial pantas mencuri tumpuan dunia dan ramai menyifatkan ia sebagai satu peristiwa bersej4rah.
Melalui video yang menjadi tular itu, dapat dilihat um4t Islam berkumpul di perkarangan luar stadium sambil menunggu masuknya waktu Solat Jumaat. Jemaah juga memenuhi ruang-ruang padang berdekatan stadium.