Gunung Berapi Aktif Terbesar Dunia, Mauna Loa Dilapor Meletus Buat Pertama Kali Selepas 38 Tahun
HONOLULU — Gunung berapi terbes4r di dunia, Mauna Loa di Hawaii dilaporkan meletus buat pertama kali sejak tahun 1984, lapor CNN News.
Menurut Balai Cerap, letusan gunung berapi itu dilapork4n berlaku sekitar j4m 11.30 malam waktu tempatan semalam di Moku’āweoweo, kaldera puncak Mauna Loa.
Menerusi video yang berjaya dirakam oleh seor4ng penduduk, dapat disaksikan warna langit yang seakan kemerahan di sepanjang pantai barat Big Island.
Jabatan Geologi Amerika Syarikat melaporkan bahawa kejadian itu tidak menganc4m nyawa penduduk namun letusan berkenaan menyebabkan lava meng4lir ke sisi bawah gunung.
Sementara itu, Perkhidmatan Cuaca Honolulu menjelaskan bahawa syarikat penerbangan Southwest Airlines telah membatalkan lima penerbangannya untuk ke kawasan itu dan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Hilo (ITO).
Hal itu dilaksanakan susulan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan Amerika Syarik4t memaklumkan dalam satu kenyataan bahawa pihaknya sedang memant4u berhubung letusan gunung berapi itu dan mengeluarkan amaran trafik udara.

Dalam pada itu, Pejabat Honolulu memberi amaran kepada merek4 yang mempunyai masalah pernafasan untuk kekal berada di dalam rumah bagi mengelakkan darip4da menyedut abu dan masyarakat dinasihatkan memakai topeng atau kain bagi menutup hidung.
Sehingga kini tiada ancaman terhadap penduduk sekitar dan arahan untuk berpind4h belum dikeluarkan. Bagaimanapun, dua pusat pemindahan telah dibuka sebagai langkah berjaga-jaga.
Untuk pengetahuan, Mauna Loa meliputi sebahagi4n daripada kepulauan Hawaii dan gunung berapi itu berjaya merekodkan 33 kali letusan hingga tahun 1984.
Sejak dari itu, ia kembali ‘tidur’ seketika selama hampir 40 tahun, menjadik4nnya sebagai rekod paling lama sebelum ia meletus semalam, lapor Jabatan Geologi Amerika Syarikat.
Sumber: CNN News