mbas Kod QR Untuk Sejar4h & Papar H4dis Di Dinding Bangun4n, Qatar Manfa4t Piala Dunia Perkenal Islam

Qatar selaku negara Islam pertama yang diberikan hak sebagai penganjur Piala Dunia tidak melepaskan peluang ini untuk memperkenal agama Islam kepada pemin4t bola sepak dari seluruh dunia yang berkunjung ke negara itu.

Misalnya, sebuah masjid di Perkampungan Budaya Katara yang terlet4k ibukota Qatar, Doha telah menjadi tumpuan utama bagi peminat Piala Dunia yang ingin mengenali Islam dengan lebih mendalam.

Disana, terdapat juga penceramah lelaki dan wanita yang mampu bertutur dalam pelbagai bahasa ditempatkan di masjid tersebut, untuk membantu pengunjung hadir belajar mengenai agama Islam.

Kredit: Anadolu Agency

Papan elektronik yang memaparkan ajaran Islam

Malah, mereka turut menempatkan para staf dan penceramah daripada Pusat Tetamu Qatar di pintu-pintu masjid bagi menyambut pengunjung bukan beragaa Islam dan menjawab persoalan mereka mengenai masjid.

Selain itu, terdapat beberapa papan elektronik yang memaparkan maklumat mengenai agama Islam dan boleh ditetapkan sehingga lebih daripada 30 bahasa.

Papan-papan elektronik tersebut telah diletak di hadapan pintu b4gi membenarkan para pengunjung untuk melihatnya menerusi telefon pint4r.

Beberapa buku kecil yang memberi pengenalan kepada Islam dalam pelbagai bah4sa dilapor turut diedarkan kepada sesiapa yang memintanya.

 

Menurut Times Now, Kementerian Waqaf dan Hal Ehwal Agama Islam Qatar telah membina sebuah pavilion di luar lokasi perlawanan Piala Dunia 2022 diadakan, yang mana para peminat bola sep4k dan pengunjung dapat mempelajari keindahan agama tersebut.

Para pengunjung juga digalakkan untuk melihat papan-pap4n elektronik berkenaan Islam, yang mana terdapat lebih daripada 30 bahasa seperti yang dilaporkan oleh Anadolu Agency.

Hadis-hadis di dinding, kod QR di bilik hotel

Bukan itu sahaja, hadis iaitu kata-kata, perbuatan dan amalan yang dilakuk4n oleh Nabi Muhammad S.A.W juga ditulis pada dinding-dinding di jalan bagi menarik minat pengunjung bukan Islam.

Ada beberapa agensi yang melaporkan, beberapa bilik hotel di Qatar turut menggunak4n kod QR untuk membantu dalam memperkenalkan agama Islam kepada warga asing yang melawat negara tersebut.

 

 

 

About Mat Lan Editor

Check Also

penyanyi-rap-terkenal-temui-hidayah-ketika-dipuncak-kegemilangan,-cinta-bersemi-ketika-mendengar-azan…

Penyanyi Rap terkenal temui hidayah ketika dipuncak kegemilangan, cinta bersemi ketika mendengar azan…

Laungan azan di sebuah masjid di Dubai menarik minat seorang lelaki kulit hitam yang berada …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments