Bayi derit4 sakit tulang belak4ng bengkok

MACHANG: Usianya baru sebulan empat hari, namun bayi lelaki dari Kampung Bagan Atas, terpaksa menempuhi hidup berliku dan menanggung derita selepas disahkan menghidap penyakit spina bifida atau tulang belakang bengkok dan hydrocephalus iaitu lebihan cecair dalam kepala sejak dilahirkan.

Menurut ibunya, Nurul Zulaili Mohd Zumairi, 24, penyakit hydrocephalus yang dihidapinya anak sulungnya, Nur Muhammad Aniq Firdaus Mohamad Azmi kian membesar dan kini sudah mencapai 41 sentimeter (cm) berbanding 35cm ketika baru dilahirkan.

Katanya, anaknya itu dilahirkan secara pembedahan di Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai selepas usia kandungannya terlewat sehari daripada tarikh dia sepatutnya bersalin.

“Sebaik anak saya dilahirkan doktor mengesan Nur Muhammad Aniq Firdaus menghidap penyakit hydrocephalus apabila melihat bonjolan pada bahagian kepala dan pada masa sama, sebahagian tulang belakangnya juga terbelah serta terbonjol keluar.

Zamani sudah sedar, berpindah wad biasa
Adol sanggup berhenti kerja, urus adik terlantar separuh koma
“Disebabkan keadaan itu, anak saya terpaksa dipindahkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian selepas beberapa jam selepas dilahirkan dan pada hari ketiga, doktor menjalankan pembed4han memasukkan satu tiub khas di bahagian kepala hingga ke perut bagi mengalirkan cecair lebihan dari kepala.

“Selain itu, doktor juga perlu menjahit lub4ng di bahagian belakang bagi memasukkan semula tulang belakangnya yang terbonjol keluar dan hampir sebulan Nur Muhammad Aniq Firdaus berada di hospital termasuklah 21 hari ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) Hospital USM sebelum dibenarkan pulang ke rumah,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Bagan Atas, di sini, semalam.

Terdahulu, keluarga berkenaan menerima kunjungan daripada badan bukan kerajaan (NGO) Kelab Kebajikan dan Sukarelawan Sosial (KELSS) Akidi Hamid yang menyampaikan sumbangan keperlu4n lampin pakai buang bagi meringankan beban yang ditanggung.

Nurul Zulaili berkata, dia sama sek4li tidak menduga anak sulungnya itu menderita pelbagai penyakit disebabkan sebelum ini kandungannya itu tidak bermasalah.

“Bagaimanapun, sehari sebelum menjalani pembedah4n bagi melahirkan Nur Muhammad Aniq Firdaus, doktor memaklumkan anak yang bakal lahir ini mempunyai masalah selepas saya menjal4ni ujian imbasan tomografi berkomputer (CT Scan).

“Apabila mengetahui perkara ini, saya dan su4mi, Mohamad Azmi Mohamad Azlan, 23, yang bekerja sebagai mekanik hanya mampu terdiam dan berdoa kepada Allah SWT supaya urusan melahirkan bayi kami ke dunia dipermudahkan.

“Saya melalui proses kehamilan dengan perasaan yang tidak boleh digamb4rkan kerana pada ketika itu sedih dan hiba, bercampu baur namun saya perlu menguatkan semangat selain bersedia fizikal dan mental untuk menyambut kelahiran Nur Muhammad Aniq Firdaus.

“Sebagai seorang ibu saya reda dengan takdir Allah SWT dan akan menjaga anak syurga ini dengan penuh kasih sayang hingga ke akhir hayat, malah dia juga anugerah terindah buat kami sekeluarga,” katanya.

Katanya, setakat ini tiub khas yang dipasang di bahagian kep4la anaknya itu hanya bersifat sementara bergantung kepada keadaan Nur Muhammad Aniq Firdaus.

“Bagaimanapun, kini Nur Muhammad Aniq Firdaus perlu menjalani sesi fisioterapi dan juga rawatan susulan di Hospital USM bagi perkembangan tahap kesihatannya.

“Saya yakin ada hikmah di sebaliknya dan sentiasa berdoa kep4da Allah SWT semoga ada keajaiban untuk anak syurga saya,” katanya.

sumber :BH

About Mat Lan Editor

Check Also

‘gajah-rempuh-kereta-aku!-syukur-semua-selamat-kereta-boleh-baiki’

‘Gajah rempuh kereta aku! syukur semua selamat kereta boleh baiki’

Sebuah keluarga berdepan detik cemas setelah kenderaan yang dinaiki dirempuh seekor gajah ketika melalui Lebuhraya …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments