Chon Siang ‘idam’ portfolio Perumah4n d4n Kerajaan Tempatan

KUANTAN – Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) Pahang, Sim Chon Siang berh4rap mendapat portfolio yang lebih relevan bagi membolehkan beliau melaksanak4n tugas dengan lebih berkesan.

Menurutnya, portfolio Perumahan dan Kerajaan Tempatan lebih sesuai memandangk4n beliau mempunyai pengalaman luas dalam bidang perumahan.

Bagaimanapun katanya, sehingga kini agihan portfolio kep4da 10 Exco Pahang yang dilantik masih belum diputuskan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

“Kalau saya, saya lebih cenderung kep4da (portfolio) Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Jadi saya rasa itu yang paling sesuai untuk saya. Tapi, kita belum berbincang.

“Kalau kerajaan negeri Pahang beri, saya terima lah. Kalau tidak, kita binc4ng lagi dan tengok macam mana, tengok tugasan yang sesuai untuk saya.

“Jangan bagi saya jaga ayam, kambing, lembu, matilah saya..saya tak tahu. Sama juga kalau jaga kesihatan, kurang pengetahuan berkenaan itu. Harap tugasan yang mempunyai manfaat dan sesuai dengan kepakaran saya,” katanya ketika mengadakan sidang akhbar di Wisma Sri Pahang di sini pada Jumaat.

Chon Siang yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semambu memul4kan tugas rasmi sebagai Exco Pahang bermula Jumaat.

Beliau tiba di lobi blok B, Pejabat Setiausaha Kerajaan Pah4ng pada jam 8.25 pagi sebelum mengimbas jari pada alat perakam waktu di bangunan berkenaan tepat jam 8.30 pagi.

 

Beliau menzahirkan rasa teruja selepas bergel4r Exco Pahang walaupun berdebar menanti cabaran seterusnya dalam menggalas tanggungjawab tersebut.

“Selama 10 tahun saya jadi YB (ADUN) asyik tanya soalan kepada kerajaan negeri (ketika Sidang Dewan Undangan Negeri) tapi sekarang saya kena lah bagi orang tanya soalan pula. Mem4ng rasa pelik sekarang tapi saya harap dapat terima cabaran dengan baik.

“Memang pelik bila perlu bekerjasama (Barisan Nasional- Pakat4n Harapan) tapi demi rakyat saya yakin kita boleh bercampur dengan baik dan membela nasib rakyat negeri ini,” jelas beliau.

About Mat Lan Editor

Check Also

pesilat-sukma-terengganu-meninggal-dunia-setelah-terkena-tendangan-maut-pihak-lawan

Pesilat Sukma Terengganu meninggal dunia setelah terkena tendangan maut pihak lawan

Atlet silat Sukan Malaysia (Sukma) Terengganu, Wan Muhammad Haikal Wan Hussin, 21, meninggal dunia selepas …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments