PATTANI – Gabenor wanita Islam pertama Thail4nd, Pateemoh Sadeeyamu komited dalam membanteras penyalahgunaan dan penagihan dadah sek4ligus meningkatkan taraf hidup penduduk tempatan.
Pateemoh, Gabenor Pattani yang baharu mahu bekerjas4ma dengan jabatan dan agensi berkaitan untuk membasmi penyalahgunaan dadah khususnya dalam kalangan belia.
“Kajian mendapati dadah adalah masalah utama menganc4m keselamatan neg4ra dan merosakkan masa depan para belia di empat wilayah di selatan Thailand.
“Statistik daripada pihak penjara mendapati 80 peratus banduan terlibat dalam kes penyalahgun4an dadah di selatan Thailand. Sehubungan itu, memb4smi penyalahgunaan dad4h merupakan salah satu fokus saya,” katanya.
Sehubungan itu, Pateemoh berkata, beliau akan mengad4kan pertemu4n dengan pihak berkaitan termasuk Komander Tentera Bahagian Ke-4 Leftenan Jeneral Santi Sakuntan4rk untuk mengkaji semula peratur4n dan polisi kerajaan dalam usaha memerangi gejala penagih4n dan penyalahgunaan dadah.
Selain itu, beliau berikrar untuk meningkatkan sosio-ekonomi dan tar4f hidup penduduk tempatan.
Pateemoh, 57, adalah antara 37 pegawai tinggi dari Kementeri4n Dalam Negeri (Interior Ministry) dilantik untuk mengisi kekosongan jawatan gabenor pada bulan lepas.
Bekas timbalan gabenor Phatthalung, Narathiw4t dan Yala itu mempunyai pengalaman luas dan pemahanan mendalam akan empat wilayah di selatan itu.
Selain itu, beliau pernah berkhidm4t di Pusat Pentadbiran Wilayah Sempadan Selatan (SBPAC), sebuah agensi kerajaan tempatan yang menyelaraskan pentadbiran wilayah sempadan selatan.
Pateemoh turut berterima kasih dengan lantikannya sebagai gabenor di Pattani.”Ini merupakan satu pengiktirafan kerajaan terhadap golongan wanita dalam menerajui kerajaan tempatan khususnya di selatan Thailand.
“Saya berharap lantikan ini akan memberi inspirasi dan motivasi kepada golongan wanita bukan sahaja di selatan Thailand tetapi seluruh negara untuk membina kerjay4 dan profesion dan sekaligus membukti wanita setanding dengan lelaki dalam setiap aspek,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Deep South Watch, satu kumpulan pemikir yang memantau keganas4n di selatan, Dr Srisompob Jitpiromsri berkata lantikan Pateemoh merupakan petanda positif bahawa kerajaan prihatin dan komited untuk membawa pembangunan ke wilayah paling selatan di Thailand.
“Ini merupakan satu titik permula4n yang baik. Pateemoh akan memainkan peranan yang penting untuk membangun Pattani dan juga membawa kedamaian di wilayah selatan,” katanya. – Bernama