Berpuluh Ekor Dapat, Nelayan Tempatan Ni Tunjuk Car4 Mudah Tangk4p “Baby Octopus”

Umum mengetahui bahawa negara Malaysia sangat kaya dengan pelbagai sumber makanan laut yang boleh didapati di kawasan perairan.

Sesetengah daripada hasil laut yang diperoleh telah menjadi sumber pendap4tan kepada nelayan dan para peniaga.

Haiwan laut seperti sotong adalah antara sumber makanan yang paling digemari oleh raky4t Malaysia. Kebiasaannya, sotong boleh dimasak dengan pelbagai cara seperti samb4l, masak kicap, goreng kunyit dan boleh juga dijadikan kerabu.

Namun, bukan mudah untuk menangkap haiwan laut ini jika tidak kena dengan caranya. Teknik dan langkah yang betul memainkan peranan yang sangat besar dalam proses penangkap4nnya.

Justeru, baru-baru ini seorang nelayan tempatan di saluran Youtube miliknya telah berkongsikan satu teknik yang sering digunakan olehnya untuk menangkap sotong bagi tontonan umum.

Dalam video yang dikongsikan, Sazali Adam Bahar atau dipanggil sebag4i Abang SAB telah menunjukkan perangkap yang digunakan olehnya bagi menangk4p sotong kurita kecil atau baby octopus.

Guna cengkerang siput sebagai umpan

Pada mulanya, umpan yang digunakan olehnya iaitu cengkerang siput akan diangk4t satu per satu bagi melihat keadaan sotong yang berada di dalam cengkerang tersebut.

Namun, oleh kerana terlalu lama duduk di dalam cengkerang yang diumpan, kebanyak4n sotong yang berjaya ditangkap akan bertindak untuk menyorokk4n diri mereka di dalam cengkerang tersebut.

Oleh itu, dia telah menggunakan satu inisiatif bagi mengeluarkan sotong yang diangg4p ‘degil’ itu dengan menggunakan air garam yang telah disediakan olehnya.

Tindakan yang dilakukannya itu akhirnya membuahkan hasil apabila sotong yang berada di dalam cengkerang tersebut dilihat perlahan-lahan keluar.

Dalam pada itu, dia turut merasa pelik terhadap sotong yang hanya akan keluar apabila dia menambahkan air garam ke dalam cengkerang itu.

“Saya rasa pelik jugak, sotong ini duduk di air masin tapi sotong ini takut dengan air garam. Kena air garam je dia menggelupur,” katanya yang dipercayai menangkap sotong tersebut di sekitar perairan Port Klang.

Setelah berjaya mengeluarkan sotong-sotong tersebut, dia meletakkan kesemuanya ke dalam sebuah bekas sebelum dibawa pulang.

Cengkerang kumpul sendiri

Pun begitu, ada beberapa sotong yang dilihat masih tidak mahu keluar daripada cengkerang tersebut. Jadi, dia menambah kuantiti air garam ke dalam cengkerang lalu dibiarkan sahaja sotong tersebut keluar sendiri daripada cengkerang itu.

“Ada yang bertanya saya, di mana saya beli cengkerang siput ini? Saya tidak membeli cengkerang ini sebaliknya ia tersangkut sewaktu saya menjaring belangkas dengan ketam.

“Jadi, saya ambil dan kumpul sehingga menjadi banyak,” tambahnya.

Dianggap kreatif, ramai netizen yang memuji cara tangkapannya itu kerana kebiasaannya cengkerang tersebut akan dibuang.

Video yang dikongsikan olehnya itu telah mendapat sambutan dengan 62 ribu tontonan serta 2.6 ribu tanda suka.

Selain menangkap sotong, Sazali juga rajin berkongsi tentang pengalaman serta teknik yang digunakan untuk memancing beberapa hidupan laut yang lain di laman Youtube miliknya, malah dia telah meraih sebanyak 351 ribu pengikut di laman laman berkenaan.

Lebih menarik perhatian, dia dilihat sering ditemani oleh isteri tercinta yang turut dikenali sebagai bonda ketika menangkap hasil laut tersebut.

Jom tengok video Sazali di bawah ini.

Sumber: Youtube Sazali Adam Bahar

About Mat Lan Editor

Check Also

‘gajah-rempuh-kereta-aku!-syukur-semua-selamat-kereta-boleh-baiki’

‘Gajah rempuh kereta aku! syukur semua selamat kereta boleh baiki’

Sebuah keluarga berdepan detik cemas setelah kenderaan yang dinaiki dirempuh seekor gajah ketika melalui Lebuhraya …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments