Saya Diberi Mandat Dalam Keadaan Hutang Negara Lebih RM1 Trilion – Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa dirinya kini sed4ng memimpin negara dalam keadaan hutang yang dikatakan agak tinggi mencecah angka trilion.
Anwar mendakwa, jumlah hutang tersebut dipercayai didapati darip4da hasil meneliti kebocoran daripada beberapa agensi dan tegasnya, ia adalah perkara benar dan bukan fitnah semata-mata.
“Saya kebetulan diberi mand4t dalam keadaan hutangnya lebih daripada satu trilion ringgit, daripada setiap agensi yang harus teliti di mana bocor dan tirisnya. Ini bukan fitnah.
“Jadi saya lihat umpamanya diluluskan dengan cara spontan, projek-projek tebat4n banjir dan syarikat-syarikat dipertikai serta beberapa persoalan tidak dijawab saya minta ditangguhk4n, diteliti semula,” katanya.
Ujar Anwar, disebabkan itu beberapa projek perlu ditangguh dan diteliti semul4 atau dibatalkan kerana perhatian penuh perlu diberikan kepada masalah tersebut.
“Yang menjadi mangsa itu orang miskin dan majoriti yang miskin itu orang Melayu. Disebabkan itu kita nak belanjakan, kita kena teliti kerana ini merupakan soal tadbir urus,” perjelas Anwar mengenai situasi negara ketika ini.
Anwar berkata demikian ketika menerangkan mengen4i situasi semasa negara dalam program Pertemu4n Mahabbah bersama Ulama dan Asatizah di Seri Perdana, Putrajaya pada hari ini.
Dalam pada itu, Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) menegaskan, beliau percaya martabat agama dan bangsa mampu dijulang tinggi dengan menggunakan pimpin4n yang tegas dan dapat membela nasib rakyat.
“Saya yakin Insya-Allah, orang Melayu dan martabat Islam boleh kita tingkatkan dengan pimpinan yang puny4i ketegasan untuk membela nasib rakyat, itu keyakinan saya.
“Maknanya sama ada melalui sistem pendidikan yang harus diperbaiki, di sekolah tahfiz semuany4 dengan menggunakan fahaman yang membina, tidak merobohkan,” tambah Anwar lagi.
Dalam pada itu, Anwar turut mengingatkan bahawa pemimpin menggalas tanggungjaw4b besar dalam mendidik masyarakat mengenai kefahaman Islam.
“Peranan ulama bersama guru-guru ag4ma untuk membantu membendung dan mendidik, berdakwah, memberikan kesedaran serta mempertahankan tradisi ilmu tetapi ditambah juga dengan kasih sayang,” katanya.
Sumber: Awani