Sentuh Hati Ramai, Tul4r Momen Pemain Morocco Men4ri Dengan Ibu Rai Kejayaan Tumpaskan Portugal
Piala Dunia Qatar 2022 semakin tiba ke penghujungny4 dan malam tadi dunia menyaksikan satu sejarah baharu tercipta apabila Morocco berjaya menewaskan Portugal 1-0 sekaligus menjadi pasukan pert4ma dari Afrika yang mara ke separuh akhir Piala Dunia.
Kejayaan mereka itu merupakan salah satu ‘kejut4n’ yang paling menarik berlaku di Piala Dunia edisi kali ini.
Pastinya momen-momen selepas perlawanan malam tadi juga menj4di perhatian ram4i. Seperti kebiasaan, pasukan Morocco akan melakukan sujud syukur bagi meraikan kejayaan itu.
Bukan itu sahaja, rata-rata pemain juga tidak melepask4n peluang untuk meraikan kejayaan bers4ma keluarga masing-masing.
Seperti pemain sayap, Sofiane Boufal yang dilihat menari bersama ibunya selep4s perlawanan tersebut. Dia juga dilihat mencium dan memeluk ibunya t4nda gembira.
Momen itu menyentuh hati ramai dan menjadi tular di media sosial.
Tidak kurang juga dengan pemain pertahanan kanan, Achraf Hakimi yang sek4li lagi mencuri tumpuan apabila berlari mencium ibunya y4ng berada di tempat duduk penonton.
Sebelum ini, foto dia mencium ibunya selepas kejayaan pasukan itu menumpask4n Sepanyol menjadi tular.
Tindakan mereka yang memuliakan seorang ibu mendapat pujian dari netizen.
Sementara itu, skuad kendalian Walid Regragui itu bakal menentang Perancis di separuh akhir yang ak4n berlangsung pada 15 Disember ini.
Sumber: Ahmed Ali, Saudi Gazette