Dinamak4n ‘Rashid Rover’, UAE Lancar Rover Pert4ma Ke Bulan

Emiriyah Arab Bersatu (UAE) telah melancark4n rover penjelajah angkasa lepas pertama mereka ke Bulan yang dibawa oleh Roket SpaceX Falcon9 dari Stesen Angkatan Cape Canaveral di Florid4, US pada 11 Disember semalam.

Rover yang diberi nama ‘Rashid Rover’ tersebut dibin4 oleh Pusat Angkasa Mohammed bin Rashid Dubai (MBRSC) di UAE dan dihantar oleh pendarat HAKUTO-R yang direka oleh syarikat penerok4an Bulan Jepun, ispace.

Jika pendaratan tersebut berjaya dilakukan,  HAKUTO-R akan menjadi kapal angkasa komersial pert4ma yang melakukan pendaratan terkawal di Bulan.

Dalam masa sama pelancaran itu diadakan sejurus sahaja misi bul4n NASA’s Artemis I selesai dan ia menandakan langkah pertama dalam program peneroka4n Bulan di UAE.

Sementara itu menurut laporan CNN, difahamkan misi Rashid Rover adalah untuk meng4mbil laluan tenaga rendah ke Bulan yang dijangka tib4 sekitar April 2023.

Difahamkam rover berkenaan akan menghabiskan satu hari lunar (bersamaan dengan 15 hari di Bumi) untuk menjalankan operasi utamanya.

Pada hari kedua lunar pula, ia akan diperiksa mengenai ketahanannya dalam persekitar4n waktu malam yang dikatakan sukar kerana suhu boleh mencecah serendah -183°C.

Difahamkan, rover tersebut telah dijadualk4n untuk mendarat di kawah Atlas bahagian timur laut Bulan.

Gambar: MBRSC via CNN

Dinamakan sempena n4ma Sheikh Rashid Al Saeed

Menurut CNN, ia dinamakan Rashid Rover adalah bersempena nama Allahyarham Sheikh Rashid Al Saeed iaitu bekas pemerintah Dubai dari tahun 1958 hingga 1990 (32 tahun).

Menyentuh kembali tentang peranannya, rover tersebut berfungsi untuk menganalisis plasma di permukaan Bumi dan menjalankan eksperimen untuk memahami tentang debu Bulan.

Hal ini kerana zarah habuk Bulan dikatakan sangat tajam sehingga boleh melekat dan menghakis pakaian angkasawan dan peralatan, selain menyebabkan masalah kepada operasi yang dijalankan.

Difahamkan, rover tersebut menggunakan sepenuhnya tenaga solar yang dilengkapi dengan empat kamera mikroskopik dan haba.

Rashid Rover
Kredit: AFP

Direka bermula pada 2017 di MBRSC

Menurut CNN, Rashid Rover telah direka dan dibangunkan bermula pada 2017 dahulu di MBRSC dengan empat roda seberat 10 kilogram (kg).

Pengurus Projek Misi Lunar Emirates di MBRSC, Hamad AL Marzooqi berkata, “Pasukan melakukan kerja yang hebat dalam memulakan misi dan mereka bentuknya,”

Tidak hanya itu, MBRSC juga menggunakan misi tersebut untuk menyemar4kkan ‘impian’ mereka dalam penerokaan angkasa lepas di planet Marikh pada masa akan datang.

Hal tersebut kerana mereka berharap dapat membin4 sebuah koloni penempatan manusia pertama di planet ‘merah’ itu menjelang 2117 nanti.

Malah, tidak dinafikan Al Marzooqi turut berharap misi permukaan Bulan tersebut akan menj4di batu loncatan untuk mereka meneruskan ‘impian’ di Marikh.

“Kami bermula dari kecil tetapi kami berharap langk4h kecil ini akhirnya menjadi titik permulaan untuk mencapai sasaran kami,” tambahnya.

Selain itu, pelancaran Rashid Rover ke Bulan dijalankan semalam sejurus sahaja misi bulan NASA’s Artemis I selesai dan ia menandakan langkah pertama dalam program penerok4an bulan di UAE.

Malah, negara teluk itu telah merancang untuk menghantar beber4pa kenderaan, termasuk orbiter dan rover kedua yang dirancang untuk dilancarkan pada 2025 kelak.

Rashid Rover
Kredit: AFP

Sumber: CNN

About Mat Lan Editor

Check Also

penyanyi-rap-terkenal-temui-hidayah-ketika-dipuncak-kegemilangan,-cinta-bersemi-ketika-mendengar-azan…

Penyanyi Rap terkenal temui hidayah ketika dipuncak kegemilangan, cinta bersemi ketika mendengar azan…

Laungan azan di sebuah masjid di Dubai menarik minat seorang lelaki kulit hitam yang berada …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments