Tak Perlu “Thumbprint”, Cara Tukar Nam4 Kenderaan Sec4ra “Online” Guna IC Je

Setiap urusan yang melibatkan penukaran nama kenderaan di Malaysia perlu dilakukan secara berperingkat mengikut langkah yang ditetapkan. Namun, masih ramai lagi yang memandang remeh tentang hal ini kerana masing-masing berfikiran bahawa proses tersebut adalah leceh dan membebankan.

Pun begitu, setiap individu yang ingin menukar nama kenderaan mereka haruslah menyelesaikannya dengan segera supaya dapat mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

Sebagai contoh, jika kereta anda digunakan atas tujuan jenayah, pasti anda yang perlu bertanggungjawab terhadap kereta tersebut.

Walau bagaimanapun, proses penukaran nama kenderaan kini tidak lagi serumit proses lama yang memerlukan anda untuk berurusan di Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) sahaja.

Mengikut perkembangan teknologi yang semakin canggih, proses tersebut sud4h boleh dilakukan secara dalam talian.

Bercakap mengenainya, baru-baru ini seorang pemuda yang diken4li sebagai Akhi Akmal telah berkongsikan satu langkah mudah mengenai penukaran nama kenderaan tanpa perlu menggunakan biometrik cap jari (thumbprint) di laman Youtube miliknya.

Dalam video berkenaan, dia telah menjelaskan bahawa proses yang boleh dilakukan secara dal4m talian itu tidak memerlukan cap jari malah hanya memerlukan nombor kad pengenalan sahaja.

Hanya masukkan nombor kad pengenalan

Sekiranya seseorang mahu menjual kenderaan miliknya, mereka hany4 perlu masukkan nombor kad pengenalan pembeli sahaja, malah cap jari juga tidak diperlukan dalam proses tersebut.

Menurutnya, sekiranya proses tersebut dilakukan di kaunter JPJ, pembeli mahupun penjual akan diminta untuk meletakkan cap ibu jari masing-masing ke dalam sistem biometrik yang disediakan.

Namun, berbeza pula sekiranya proses itu dilakuk4n secara dalam talian.

Penjual kenderaan yang ingin melakukan proses secara dalam talian hanya perlu meletakk4n nombor kad pengenalan dan emel sahaja.

Bagaimanapun, dia berkata bahawa penggun4an emel bukanlah perkara yang diwajibkan dalam melengkapkan proses tersebut.

Begitu juga dengan penggunaan pasport, ia tidak memerlukan cap ibu jari penjual mahupun pembeli kenderaan tersebut.

Jelasnya lagi, pembeli kenderaan yang ingin melakukan proses tersebut secara dalam talian hanya perlu menerima dan membayar amaun yang diperlukan.

Dalam pada itu, dia turut menjelaskan bahawa penggunaan biometrik cap j4ri itu hanya perlu dilakukan sekali sahaja sewaktu kali pertama mendaftar ID pengguna.

Selain itu, soalan lain turut diajukan kepadanya mengenai ketiadaan butang untuk menukar hak milik kenderaan di laman web JPJ.

Perlu naik taraf ID Stand4rd kepada ID Advance

Menurutnya, pengguna yang memiliki ID Standard perlu menukar ID tersebut kepada ID Advance terlebih dahulu sekiranya ingin melakukan urusan penukaran nama. Maka, pengguna perlu hadir ke mana-mana kaunter JPJ serta memberikan cap ibu jari mereka untuk mendapatkan ID Advance tersebut.

Sewaktu tiba di kaunter JPJ, pengguna perlu mendapatkan nombor rujukan terlebih dahulu selain membawa kad pengenalan serta emel yang diminta. Pengguna juga tidak perlu mengisi apa-apa bor4ng dalam proses tersebut.

Dalam pada itu, dia menasihatkan supaya para pemilik kenderaan yang kerap melakukan proses jual beli kenderaan supaya melakukan proses tersebut secara dalam talian sahaja sekaligus dapat menjimatkan masa tanpa perlu beratur panjang di kaunter JPJ.

Sumber: Youtube Akhi Akmal

About Mat Lan Editor

Check Also

aman-palestin-dakwa-sprm-bermiat-jahat,-beri-tempoh-3-hari-nyah-beku-akaun

Aman Palestin dakwa SPRM bermiat jahat, beri tempoh 3 hari nyah beku akaun

Aman Palestin dakwa SPRM bermiat jahat, beri tempoh 3 hari nyah beku akaun. Aman Palestin …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments