Tiada kes keracun4n makanan akib4t stok telur lama

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan mengesahkan tidak menerima sebarang laporan kes kejadian keracunan makanan yang berpunca daripada makan telur stok lama.

Mengesahkan perkara itu kepada Utusan Malaysia, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, malah tiada peningkatan kejadian keracunan makanan yang direkodk4n pihaknya pada September hingga November lalu seperti yang didakwa.

Bagaimanapun, beliau berkata, terdapat dua kejadi4n keracunan makanan yang berpunca daripada telur, namun berdasarkan siasatan, ia bukan stok telur yang lama.

Difahamkan, kejadian itu adalah akibat jangkit4n silang daripada pengendalian telur tidak teratur atau tidak bersih dalam proses masakan sebelum dimakan.

“Tiada peningkatan kejadian keracunan makanan pada September hingga November seperti yang didakwa.

“Walaupun terdapat dua kejadian keracunan makan4n yang berpunca daripada telur, berdasarkan siasatan, ia bukan stok telur yang lama,” katanya di sini semalam.

Bekalan telur ayam ketika ini yang didakwa mula banyak di pasaran dikatakan adalah stok lama yang ‘diperam’ peniaga berikutan tidak mahu bekalan berkenaan terputus secara tiba-tiba.

Keadaan itu bagaimanapun memberi kesan kepada pengguna keran4 telur yang dibeli hanya mampu bertahan antara dua hingga tiga hari.

Lebih memburukkan, timbul dakwaan sehingg4 berlaku kes kejadian keracunan makanan akibat makan stok telur lama.

Tinjauan di media sosial mendapati rata-rata warganet mengadu hanya beberapa biji telur yang kelihatan baharu dalam satu papan telur dibeli.

Kesukaran mendapatkan bekalan telur berlaku sejak Oktober lalu di beberapa kawas4n di seluruh negara.

Isu itu menjadi tumpuan orang ramai berikutan ia dikaitkan dengan kartel yang memonopoli bahan bekalan berkenaan.

Baru-baru ini kerajaan memutuskan untuk mengenal pasti beberapa sumber dari luar sebagai menampung keperluan bekalan dalam negara dengan kadar segera bagi memastik4n keterjaminan telur ayam di pasaran.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu berkata, langkah itu merupakan pelan jangk4 pendek dan pada masa sama pihak kementerian akan memastikan telur ayam yang diterima selamat daripada penyakit dan menepati piawaian ditetapkan.

Inisiatif membawa masuk telur ayam dari sumber luar buk4n untuk menekan pengusaha industri telur ayam tempatan, sebaliknya bagi memastikan bekalan telur ayam dalam negara tidak terputus dan kebajikan rakyat terjaga.

Keputusan itu dibuat selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan kementerian berkenaan menyelesaikan isu keberadaan telur di pasaran selain memastik4n harga barang keperluan itu adalah rendah.

Keperluan bekalan telur ayam yang merupakan makanan seharian berprotein yang popular di kalangan rakyat Malaysia dengan kadar penggunaan purata telur ayam sebany4k 968 juta biji sebulan. –UTUSAN

About Mat Lan Editor

Check Also

‘gajah-rempuh-kereta-aku!-syukur-semua-selamat-kereta-boleh-baiki’

‘Gajah rempuh kereta aku! syukur semua selamat kereta boleh baiki’

Sebuah keluarga berdepan detik cemas setelah kenderaan yang dinaiki dirempuh seekor gajah ketika melalui Lebuhraya …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments