Dua lelaki maut terc4mpak kelu4r dari kereta

GUA MUSANG: Dua lelaki maut selepas tercampak keluar dari keret4 Perodua MyVi yang dinaiki mereka terbabas sebelum merempuh sebuah trak pikap di Kilometer 56, Jalan Gua Musang-Kuala Krai berhampiran Ladang Serasa di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi itu, pemandu kereta berken4an, Mohd. Nurhisyam Hilmi Abdul Rahim, 37, dan penumpang hadapan, Mohd. Zulkanain Aziz, 35, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat keceder4an parah.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo, siasatan awal mendapati, kedua-dua mangsa bersama seorang lagi penumpang menaiki kereta tersebut sed4ng dalam perjalanan dari Kota Bharu menuju ke Gua Musang.

Menurutnya, semasa tiba di lokasi kejadian, kereta tersebut dipercay4i terbabas ke kiri jalan sebelum pemandunya mengawal kereta untuk naik semula ke atas jalan raya.

“Ekoran keadaan yang tidak terkawal, kereta itu merempuh sebuah pik4p jenis Toyota Hilux yang dinaiki empat orang mangsa yang datang dari arah bertentangan.

“Insiden itu menyebabkan kedua-dua mangsa tercampak keluar dari kereta sebelum terj4tuh ke dalam longkang di sebelah kiri jalan,” katany4 dalam satu kenyataan hari ini.

Choon Foo memberitahu, kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan pada bahagian kepala.

Katanya, mayat mereka dibawa ke Hospital Gua Musang di sini untuk dibedah siasat sebelum diserahkan kepada ahli keluarga.

“Penumpang belakang Perodua Myvi yang turut tercampak keluar ke sebelah kanan jalan mengalami kecederaan pada kepala manakala seorang penumpang pikap turut cedera di bahagian sama. Kedua-dua mangsa yang ceder4 dibawa ke Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai untuk rawatan lanjut,” ujarnya.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya-UTUSAN

About Mat Lan Editor

Check Also

aman-palestin-dakwa-sprm-bermiat-jahat,-beri-tempoh-3-hari-nyah-beku-akaun

Aman Palestin dakwa SPRM bermiat jahat, beri tempoh 3 hari nyah beku akaun

Aman Palestin dakwa SPRM bermiat jahat, beri tempoh 3 hari nyah beku akaun. Aman Palestin …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments