Ibu Lahir Kembar Sembil4n Di Morocco T4hun Lepas Selamat Pul4ng Ke Mali

Ibu ‘unik’ melahirkan anak kembar sembilan yang menetap di Morocco sejak Mei tahun lepas telah selamat pulang ke tanah airnya, Mali pada Selasa, umum Kementerian Kesihatan Mali menerusi NDTV.

Menterinya, Dieminatou Sangare dalam satu kenyat4an berkata pihaknya berasa gembira apabila melihat keluarga besar itu sihat belaka setakat ini.

“Terdapat rasa kegembiraan dan kepuasan apabila melihat merek4 dalam keadaan sihat. Ibu dan bayinya sihat dan selamat tiba di Mali,” katanya memetik NDTV.

Dalam pada itu Sangare turut berkongsi gamb4r di laman Facebook beliau, mengalu-alukan kedua ibu bapa dan sembilan anak mereka di ibu negara Bamako.

Ibu tersebut, Halima Cisse merupakan seorang wanita muda dari bandar utara Timbuktu telah melahirkan lima perempuan dan empat lelaki di Casablanca pada Mei 2021.

Imbas kembali, Cisse dibawa ke Klinik Ain Borja di bandar itu oleh Kerajaan Mali kerana mempunyai kemudahan yang lebih baik bagi kes kehamilan berganda (kembar banyak sepertinya) berbanding di negeri Sahel yang miskin.

Semasa kejadian, doktor amat bimbang akan kesihatan Cisse dan nyawa bayi-bayi dalam kandungan tersebut memandangkan wanita itu mengalami risiko kelahiran pramatang yang sangat tinggi.

Kandungan Cisse pada ketika itu ialah 25 minggu, ketika dimasukkan ke dalam wad dan kakitangan perubatan berjaya melanjutkan tempohnya hingga 30 minggu.

Setelah mengharungi detik yang mencemaskan, doktor mengesahkan ibu dan bayi-bayi itu berada dalam keadaan selamat selepas melalui pembedahan Caesarean yang memerlukan kekuatan 10 orang doktor dan turut dibantu 25 paramedik.

Bayi-bayi tersebut masing-masing mempunyai berat antara 500 gram dan satu kilogram serta perlu tinggal sementara di Morocco kerana memerlukan khidmat pakar.

“Ini adalah yang pertama. Ia merupakan sumber kebanggaan buat kami,” kata Sangare kepada media sejurus kelahiran unik tersebut.

Ujar Sangare, Mali telah memberi penghormatan kepada negara itu kerana membantu Cisse dan mengucapkan terima kasih kepada pasukan perubatan Maghribi.

Kisah Cisse yang ‘murah rezeki’ tersebut juga pernah dilaporkan dalam Siakap Keli beberapa bulan lepas.

About Mat Lan Editor

Check Also

aman-palestin-dakwa-sprm-bermiat-jahat,-beri-tempoh-3-hari-nyah-beku-akaun

Aman Palestin dakwa SPRM bermiat jahat, beri tempoh 3 hari nyah beku akaun

Aman Palestin dakwa SPRM bermiat jahat, beri tempoh 3 hari nyah beku akaun. Aman Palestin …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments