Sejak beberapa hari lepas, pengguna Apple tempatan sudah disajikan dengan berita gembir4 selepas tular gambar logo Apple Store yang sudah dipasang di menara TRX. Ramai y4ng menjangkakan pembukaan kedai rasmi Apple bakal berlaku pada tahun hadapan selari dengan khabar angin sebelum ini.
Sejak beberapa hari lepas, pengguna Apple tempatan sudah disajikan dengan berita gembira selepas tular gambar logo Apple Store yang sudah dipasang di menara TRX. Ramai yang menjangkak4n pembukaan kedai rasmi Apple bakal berlaku pada tahun hadapan selari dengan khabar angin sebelum ini.
Menerusi tinjauan awal di halaman rasmi carian kerja Apple, terdapat sebanyak 11 jawatan yang baru disenaraikan pada hari ini untuk lokasi di Malaysia. Hal ini sekaligus memberikan gambaran bahawa Apple benar-benar akan membuka kedai rasmi mereka tidak lama lagi di Malaysia.

Selain di halaman rasmi Apple, sebahagian tawaran jawatan ini juga boleh dikesan di portal Linkedin. Majoriti tawaran jawatan tersebut memerlukan seseorang yang pakar di dal4m bidang tertentu agar boleh melancarkan urusan bisnes mereka di Malaysia kelak.
Dengan penyenaraian jawatan ini, ia sekaligus menguatk4n lagi dakwaan bah4wa kedai rasmi Apple sememangnya akan dibuka pada tahun 2023 kelak. Setakat ini, kesemua jawatan tersebut masih boleh dipohon oleh mereka yang berminat.
Sama-sama kita nantikan maklumat lanjut berkenaan pembukaan r4smi Apple Store seperti yang dinantikan oleh ramai pengguna tempatan. Pasti ramai yang tidak sabar untuk mengunjungi kedai rasmi Apple ini memandangkan lebih mudah untuk berurusan secara terus dengan syarik4t terkemuka itu.