B4njir: Besut Lumpuh, Terputus Hubung4n – Bomba

MARANG, 19 Dis (Bernama) — Keadaan banjir di Besut kini semakin buruk dengan semua jalan menuju ke daerah itu terpaksa ditutup kerana ditenggelami air.

Pengarah Bahagian Keselamatan Kebakaran Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Ahmad Izram Osman berkata penutupan kepada semua jenis kenderaan itu dilaksanakan sej4k semalam.

Selain semua akses ditutup, jumlah mangsa banjir di Besut juga merekodkan ant4ra tertinggi di Terengganu yang dipindahkan ke pusat pemindahan sement4ra (PPS) iaitu seramai 5,492 orang.

“Kesemua mangsa daripada 1,506 keluarga ini kini berlindung di 83 PPS,” katanya ketika ditemui selepas mendengar taklimat berhubung situasi semasa banjir di Terengganu yang disampaikan oleh Timbal4n Pengarah JBPM Terengganu, Mohd Khairiri Mat Resad @Arshad

Terdahulu, Ahmad Izram melakukan tinjauan udara melibatk4n kawasan Hulu Terengganu yang mana rata-rata kawasan dilihat masih digenangi air dengan beberap4 sekolah dan kawasan perumahan ditenggelami air.

Bagaimanapun, usaha untuk melakukan tinjauan udara ke daerah Besut tidak dapat dilakuk4n berikutan keadaan cuaca yang tidak mengizinkan.

“Hasil pemantauan ini akan dilaporkan kep4da ibu pejabat di Putrajaya serta Pusat Pengurusan Operasi bagi memudahkan perancangan dan tindakan yang akan diambil seterusnya,” katanya.

Beliau berkata keadaan muka bumi Besut yang berbukit menambah kesukaran kepada pasuk4n keselamatan untuk ke kawasan tertentu, khususnya kampung-kampung di pedalaman.

Ahmad Izram berkata ketika ini pasukannya berger4k dengan kekuatan 367 pegawai dan anggota termasuk 81 orang pelatih daripada Akademi Bomba Wakaf Tapai.

Operasi pemindahan juga dibantu oleh pihak pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) serta pihak  Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang menyediakan dua bu4h lori bagi setiap daerah serta lima buah lori pengangkut yang disediakan oleh Ibu Pejabat JBPM di Putrajaya, katanya.

Sumber: BERNAMA

About Mat Lan Editor

Check Also

tanda-tanya-motosikal-ex5-dihumban-dalam-tasik-akhirnya-terjawab

Tanda tanya motosikal EX5 dihumban dalam tasik akhirnya terjawab

Tanda tanya motosikal EX5 dihumban dalam tasik akhirnya terjawab. Gara-gara tidak berpuas hati dengan perbuatan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments