Tiga Pekerja Warg4 Indonesia Lemas Dalam Lub4ng Pembetung

PUTRAJAYA, 19 Dis (Bernama) — Tiga pekerja kontrak pemasang4n kabel telekomunikasi warga Indonesia meninggal dunia akibat lemas dalam lubang pembetung kabel bawah tanah di Taman Sains Selangor 2, Cyberjaya, dekat sini, hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), Selangor Datuk Noraz4m Khamis, berkata menurut laporan awal, mangsa pekerja kontrak pemasangan kabel sebuah syarikat komunikasi itu pengsan dal4m lubang pembetung dengan kedalaman lima meter ketika melakukan kerja pemasangan kabel.

“Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cyberjaya) menerim4 panggilan kecemasan pada jam 3.17 petang sebelum kekuatan lapan anggota bergegas ke lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan di sini.

Katanya, kesemua mangsa berjaya dikeluarkan sebelum disahk4n meninggal dunia di lokasi oleh pegawai perubatan Kementerian kesihatan (KKM).

Beliau berkata semua mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Serdang untuk bed4h siasat dan kes diserahkan kapada polis untuk tindakan susulan.

Sumber: BERNAMA

About Mat Lan Editor

Check Also

penyanyi-rap-terkenal-temui-hidayah-ketika-dipuncak-kegemilangan,-cinta-bersemi-ketika-mendengar-azan…

Penyanyi Rap terkenal temui hidayah ketika dipuncak kegemilangan, cinta bersemi ketika mendengar azan…

Laungan azan di sebuah masjid di Dubai menarik minat seorang lelaki kulit hitam yang berada …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments