Tanah Runtuh: Satu Lagi Mayat Ditemuk4n, Angka Korban Kini 26
BATANG KALI, 21 Dis (Bernama) — Satu lagi mayat mangs4 insiden tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm di sini ditemukan hari ini, menjadikan jumlah kemati4n akibat tragedi itu kini adalah 26.
Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) dalam kenyat4an di laman Facebook yang memetik sumber Pusat Pengurusan Operasi JBPM berkata satu mayat lelaki dewasa ditemukan pada pukul 11.16 pagi di sektor B (kem Farmview).
Kenderaan yang membawa mayat itu dilihat keluar dari lokasi pencarian pada kira-kira pukul 11.57 pagi.
Perkembangan terbaharu itu menjadikan jumlah mangsa yang masih hilang adalah tujuh, man4kala 61 selamat, daripada keseluruhan 94 mangsa insiden itu yang berlaku pada 2.42 pagi, Jumaat lepas.
JBPM hari ini memaklumkan pasukan mencari dan penyelam4t akan membuat penggalian lebih dalam bagi mencari mangsa di kawasan kejadian selepas mengambil kira penemuan mangsa ke-25 semalam yang dijumpai pada kedalaman ‘luar jangkaan’ iaitu kira-kira 17 meter di sektor C (Riverside).
📌 #TanahRuntuhBatangKali: Mayat ke-26 seorang lelaki dewasa ditemukan pada 11.16 pagi ini – Bomba
📸 @APMtwiter pic.twitter.com/eXR46ZIW5R
— BERNAMA (@bernamadotcom) December 21, 2022
Sumber: BERNAMA