Tanah Runtuh: Sayu, ‘Ab4ng Bomba’ Laung Azan Ikhtiar Cari M4ngsa Hilang

Siapa sangka, kalimah takbir ‘Allahu akbar!’ dalam laungan azan berkumand4ng sayu di tapak bencana kejadian tanah runtuh di Batang Kali pada hari ini.

Laungan azan tersebut dilaungkan oleh salah seorang anggot4 bomba dipercayai sebagai ikhtiar bagi ‘mengiringi’ operasi mencari dan menyelamat (SAR) tujuh lagi mangsa yang masih hilang.

Seperti yang dikongsikan di laman Facebook Jabatan Bomba dan Penyelamat (JPBM) Selangor, laungan azan tersebut dilihat bergema memecah keheningan suasana sunyi hutan dan tapak bencana itu.

Jika melihat video berkenaan, apa y4ng menyentuh hati adalah apabila lensa kamera dihalakan ke arah kawasan tapak bencana yang ‘pilu’ diteroka jentera sambil laungan azan dikum4ndangkan.

Kredit: tangkap layar video JBPM Selangor
Kredit: tangkap layar video JBPM Selangor

Difahamkan hari ini merupakan hari keenam operasi SAR mangsa tragedi tanah runtuh dijalankan oleh badan-badan pasukan penyelamat yang ditugaskan.

Difahamkan juga, JPBM Selangor pada hari ini menumpukan pencari4n di sektor C dan Sektor B selain unit K9 digerakkan mencari mangsa yang masih belum dijumpai.

“Bantuan jentera seperti excavator turut digunakan bagi menggali tan4h dan dialihkan bagi mencari petunjuk kedudukan mangsa,” memetik kenyataan.

Kredit: FB Bomba Selangor

Hari ini juga, media melaporkan pasukan penyelamat menjumpai satu lagi mayat mangsa insiden tanah runtuh menjadikan jumlah kematian akibat tragedi itu kini adalah 26.

Perkembangan terbaharu itu menjadikan jumlah mangsa yang m4sih hilang adalah tujuh, manakala 61 selamat daripada keseluruhan 94 mangsa insiden itu yang berlaku pada 2.42 pagi, Jumaat lepas.

Dalam pada itu, JBPM Selangor juga memaklumkan pasukan SAR akan membuat pengg4lian lebih dalam bagi mencari mangsa di kawasan kejadian.

About Mat Lan Editor

Check Also

kelibat-4-‘pontianak-berkeliaran-di-pekarangan-snbj-curi-perhatian-ramai

Kelibat 4 ‘pontianak berkeliaran di pekarangan SNBJ curi perhatian ramai

Kelibat 4 ‘pontianak berkeliaran di pekarangan SNBJ curi perhatian ramai. Perlawanan final Piala FA membabitkan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments