Bekas Guru Besar SRA Didakw4 Minta Dan Terima Su4pan Lebih RM160,000

SHAH ALAM, 22 Dis (Bernama) — Bekas guru besar sekolah rendah agama (SRA) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM164,800 berkaitan projek kerja-kerja selenggara dan naik taraf bangunan dan infrastruktur SRA di Selangor.

Tertuduh, 50, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Rozilah Salleh selepas kedua-dua pertuduhan berkenaan dibacakan terhadapnya.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa secara rasu4h telah meminta daripada Romzi Sirok suapan bernilai 11 peratus daripada nilai projek sebagai dorongan baginya untuk membantu Romzi mendapatkan kerja-kerja selenggara dan naik taraf bangunan dan infrastruktur SRA di daerah Petaling dan Kuala Selangor.

Bagi pertuduhan kedua pula, lelaki itu didakwa tel4h menerima secara rasuah daripada Romzi wang suapan berjumlah RM164,800 melalui akaun CIMB Islamic miliknya sebagai dorongan untuk tertuduh membantu Romzi mendapatkan kerja-kerja berkenaan.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di No. 33, Jalan Duku 5, Taman Seri Medan, Telok Panglima Garang, Kuala Langat dan CIMB Islamic Bank Bhd Cawangan Kota Kemuning, Shah Alam antara Mei 2019 dan 12 Jan hingga 21 April 2021.

Tertuduh, yang kini  ditukarkan ke Unit Pendidikan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1)  akta yang sama.

Jika sabit kesalahan, dia boleh dipenjarakan maksimum 20 tahun dan didend4 tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa SPRM Mohd Aliff Shaharuzaman manak4la tertuduh diwakili peguam Mohd Shahrullah Khan Nawab Zadah Khan.

Hakim Rozilah menetapkan jaminan RM30,000 dengan seorang penj4min dan tertuduh diarah menyerahkan pasport kepada mahkamah serta melapor diri pada minggu pert4ma setiap bulan di pejabat SPRM berdekatan.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 26 Jan 2023.

Sumber: Bernama

About Mat Lan Editor

Check Also

lelaki-cuba-tunjuk-hebat-buat-skil-‘drift’-terbabas-langgar-kereta

Lelaki cuba tunjuk hebat buat skil ‘drift’ terbabas langgar kereta

Polis menahan pemandu kereta Toyota Supra yang melakukan aksi ‘drift’ sehingga terbabas melanggar sebuah kenderaan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments