BATANG KALI, 22 Dis (Bernama) — Ketangkasan anjing unit pengesan (K9) yang bertungkus lumus dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangs4 tragedi tanah runtuh di Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya di sini sehingga ada yang terpaksa direhatkan kerana kelesuan mengundang simp4ti banyak pihak.
Hari ini beberapa pihak tampil menyumb4ng 16 beg makanan sebagai tanda sokongan dan menghargai kelibat wira tak didendang itu dalam mengharungi cabaran lumpur teb4l, lecak atau hujan sepanjang SAR berlangsung.
Daripada 16 beg makanan yang diterima, lapan daripadanya disumbangkan oleh orang awam, enam beg oleh Jabatan Veterinar Negeri Pahang dan dua lagi disumbangkan oleh Hills Pet Corner Sdn Bhd.
Selain itu, pasukan Veterinar Cheras juga tel4h hadir di lokasi kejadian bagi memberi rawatan kecemasan kepada anjing-anjing pengesan jika memerlukan.
Terdapat 11 ekor anjing pengesan terlibat dalam operasi SAR dengan en4m daripadanya milik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, empat milik Polis Diraja Malaysia dan seekor darip4da Angkatan Tentera Malaysia.
Bermuka bengis, bersifat garang dan mempunyai deria bau yang tajam, kehadiran anjing pengesan ini telah banyak membantu pasukan penyelamat di medan pencarian dan antara kejayaan terbesar ialah menemuk4n enam mayat pada hari pertama SAR.
Setakat ini, tiga mangsa masih hilang manak4la 61 terselamat daripada keseluruhan 94 mangsa yang dilaporkan terlibat.
Sumber: BERNAMA