Selepas Anjur Piala Dunia Terbaik, Qatar Kini Mahu Jadi Peng4njur Sukan Olimpik 2036 Pula

Selepas Anjur Piala Dunia Terbaik, Qat4r Kini Mahu Jadi Penganjur Sukan Olimpik 2036 Pula

Selepas kejayaan menganjurkan Piala Dunia 2022 yang banyak menerima puji4n dari seluruh dunia, Qatar kini berazam untuk menjadi penganjur Suk4n Olimpik Musim Panas 2036 pula.

Menurut laporan The Guardian, negara berkenaan kini sedang bersiap sedia untuk mebida hak penganjuran kepada temasya sukan terbesar dunia itu. Qatar sebelum ini pernah membida hak penganjur4n sukan tersebut sebanyak tiga kali sebelum ini, namun gagal dalam semua percubaan.

Antara faktor yang menyebabkan kegagalan tersebut adalah kerana Komiti Olimpik Antarabangsa (IOC) tidak yakin dengan kemampuan negara sekecil Qatar untuk menjadi penganjur dan menyediak4n kemudahan serta fasiliti sukan yang secukupnya bagi menerima atlet dan pemina4t sukan daripada seluruh dunia.

Namun begitu, dengan kejayaan penganjuran baru-baru ini dan fasiliti berkelas dunia yang disediakan, Qatar mempunyai peluang yang sangat cerah untuk menjadi penganjur Sukan Olimpik pada 2036 nanti. Setakat ini, Qatar dilaporkan mahu membida secara sendirian dan ingin menj4di penganjur tunggal sekiranya terpilih kelak. Walaubagaimanapun, Qatar mungkin berdepan tekanan serantau yang mahukan temasya sukan itu dianjurkan secara bersama.

Ini kerana, selain Qatar, Arab Saudi dan Turki adal4h antara negara yang menunjukkan minat untuk menjadi penganjur pada edisi tersebut.

Selain Piala Dunia dan sasaran menjadi penganjur Sukan Olimpik, banyak acara-acara sukan global bakal berlangsung di Qatar tidak lama lagi. Tahun hadapan, Qatar akan menggantikan China sebagai tuan rumah Piala Asia.

Pada 2024 pula, Qatar akan menjadi destinasi pembukaan kalendar perlumbaan World Endurance Championship serta penganjur Kejohanan Renang Dunia. Seterusnya 2025, Qatar bakal menjadi tu4n rumah kepada Kejohanan Ping Pong Dunia.

About Mat Lan Editor

Check Also

perlu-sediakan-rm1-bilion-jika-10-mp-umno-nak-sertai-pn-–-ahmad-maslan

Perlu sediakan RM1 bilion jika 10 MP Umno nak sertai PN – Ahmad Maslan

Perlu sediakan RM1 bilion jika 10 MP Umno nak sertai PN – Ahmad Maslan. Spekulasi …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments