Wabak Misteri Dilapor L4nda Afghanistan, Jangkiti 80 Orang & 2 Kanak-kanak Meningg4l

Wabak Misteri Dil4por Landa Afghanistan, Jangkiti 80 Orang & 2 Kan4k-kanak Meninggal

Satu patogen yang tidak dikenali telah menjangkiti lebih daripada 80 orang dan telah membunuh dua kanak-kanak di wilayah Zabul, Afghanistan, kata pihak berkuasa Talib4n. Penyakit misteri ini telah menyebabkan  pesakit mengal4mi simptom-simptom seperti demam panas dan pendarahan dari mulut serta hidung.

Ketua Kesihatan Awam Taliban, Abdul Hakim Hakimi berkata bahawa klinik-klinik di daerah Shahjoy telah mencatatkan peningkatan mendadak dari segi jumlah pesakit yang menghid4pi penyakit misteri ini dalam beberapa minggu terdahulu, lapor surat khabar tempatan, Hasht-e Subh Daily pada Selasa.

Hasht-e Subh Daily menambah, dua orang pesakit telah meninggal dunia pada minggu lep4s dan TOLONews melaporkan bahawa kedua-duanya merupakan kanak-kanak.

Gambar hiasan | Kredit: ICRC

Sebelum ini, wilayah Zabul turut dilanda wabak misteri dengan skir4-kira 200 penduduk di Shahjoy mengalami simptom-simptom seakan-ak4n wabak taun pada Mei lalu.

Doktor percaya bahawa penjagaan kebersihan peribadi yang lemah sebagai punca penyebaran wabak tersebut. Selain itu, penyebaran wabak pertussis, atau lebih dikenali sebagai batuk kokol turut menj4ngkiti 300 penduduk di Zabul pada lewat November  dan meragut nyawa dua kanak-kanak.

Dihimpit peperangan sejak beberapa dekad, Afghanistan berdepan dengan kekangan terutama fasiliti kesihatannya yang rata-rata ketinggalan berbanding negara-negara lain.

Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) sebelum ini menyatakan kebimbangan mengenai sistem kesihatan di Afghanistan yang di ambang kehancuran, seperti kekurangan klinik yang beroperasi dan penyakit seperti polio masih berada di tahap endemik.

Kredit: ICRC

Sumber: RT

About Mat Lan Editor

Check Also

tanda-tanya-motosikal-ex5-dihumban-dalam-tasik-akhirnya-terjawab

Tanda tanya motosikal EX5 dihumban dalam tasik akhirnya terjawab

Tanda tanya motosikal EX5 dihumban dalam tasik akhirnya terjawab. Gara-gara tidak berpuas hati dengan perbuatan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments