Wal4upun Cedera Ambulans Kemalangan, Jururawat M4sih Gigih Bantu Pesakit Lahirkan Anak

Tidak menghiraukan kecederaan yang dialami, seor4ng jururawat sebaliknya bertindak meneruskan tugasnya membantu pesakit melahirkan anak dengan sel4mat, sejurus selepas ambulans yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan.

Momen yang menyayat hati itu dikongsi oleh Pengarah Hospital Semporna, Dr Mohd Syahfadzreen Yunus di laman Facebook, di mana beliau menceritakan mengenai kegigih4n salah seorang jururaw4tnya walaupun ditimpa musibah.

Dalam hantaran itu, Mohd Syahfadzreen turut mengepilkan bers4ma gambar ambulans remuk yang tersadai dalam semak pada hantaran yang dibuat pada Rabu.

Menelusuri bait-bait yang diungkapkan oleh Mohd Syahfadzreen, jelas menunjukk4n beliau begitu berasa ‘tersentuh’ dengan kesungguhan yang ditunjukkan oleh jururawat terbabit.

“Gambar ini bukanlah isunya. Tetapi hati ini terkilan dan degup4n jantung terhenti seketika apabila warga kerja hospital yang turut terlibat sama masih membantu pesakit melahirkan bayi dengan selamat selepas kemalang4n di tempat kejadian (Alhamdulillah ibu dan bayi selamat dan sihat).

“Setibanya staf terlibat di Kecemasan Hospital Semporna (dihantar menggunakan ambulans kedua hospital dan ambulans bomba) ayat pertama yang merek4 tuturkan, ‘Saya berharap saya ok sebab nanti rakan lain akan terpaksa cover tugasan saya’.

“Meruntun hati dengar. Di sebalik kecederaan yang dialami dan memerlukan rawatan lanjut di hospital berpakar, masih merisaukan pesakit dan beban kerja yang ada,” tulisnya dal4m  hantaran itu.

Ujarnya, tugas penjawat awam bukan sesuatu yang mudah, walaupun menerima kecam4n dan ditimpa musibah, mereka masih lagi meletakkan orang awam sebagai keutamaan.

“Inilah perjalanan yang perlu dilalui oleh mereka. Di sebalik cemuhan, kepenatan dan musibah, perkhidmatan perlu diteruskan demi membantu masyarak4t. Suatu pengorbanan yang besar.

“Mari bersama doakan agar yang terlibat cepat sembuh. Moga semua juga diberi ketabahan. Semangat mereka tak pernah luntur dan ini yang menjadi sumber kekuatan,” tambah Mohd Syahfadzreen.

Dalam pada itu, beliau sempat menyelitkan kata-kata penulis Victoria Schwab yang menjelaskan keadaan itu dengan cara yang indah.

“I’m willing to walk in darkness if it keeps humans in the light,” katanya mengakhiri hantaran itu.

Sebelum ini, media melaporkan satu kemalangan berlaku semasa ambulans yang dalam perjalanan ke Hospital Tawau itu cuba mengelak sebuah kereta (4WD) yang memotong secara tiba-tiba dari arah bertentangan.

Difahamkan, dua mangsa yang merupakan jururawat mengal4mi kecederaan di bahagian belakang badan dan seorang lagi patah tulang pinggul.

Sumber: Mohd Syahfadzreen Yunus/Facebook

About Mat Lan Editor

Check Also

aman-palestin-dakwa-sprm-bermiat-jahat,-beri-tempoh-3-hari-nyah-beku-akaun

Aman Palestin dakwa SPRM bermiat jahat, beri tempoh 3 hari nyah beku akaun

Aman Palestin dakwa SPRM bermiat jahat, beri tempoh 3 hari nyah beku akaun. Aman Palestin …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments