Cuaca Buruk: Wanit4 Maut Dihempap Pokok, Air Laut Melimp4h Di Sabah

KOTA KINABALU, 22 Dis (Bernama) — Cuaca buruk dengan hujan lebat berterus4n mengakibatkan seorang wanita maut akibat dihempap pokok di Papar manakala air pasang melimpah ke Jalan Tun Fuad Stephen di sini petang ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba d4n Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah Misran Bisara berkata mangsa, Katizah Juani, 55, meninggal dunia dihempap sebatang pokok ara tumb4ng yang turut menghempap tiga rumah di Kampung Laut Kinarut.

Beliau berkata pihaknya menerima laporan kejadian kira-kira 3 petang dan pasukan bomba bertindak memotong pokok tersebut menggunakan gergaji berant4i bagi mengeluarkan Katizah.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan diserahk4n kepada polis untuk tindakan selanjutnya. Operasi tamat pada 5.29 petang selepas bomba memastikan keadaan di lokasi selam4t,” katanya yang dihubungi pemberita hari ini.

Sementara itu, Misran berkata pertembungan air pasang dengan hujan lebat berterusan mengakibatkan banjir kilat di beberapa kawasan di Tanjung Lipat di sini termasuk Jal4n Tun Fuad Stephen yang terletak di tepi pantai, yang merupakan antara jalan utama di band4r raya ini.

Beliau berkata jalan tersebut ketika ini hanya boleh dilalui kenderaan ber4t dan menasihatkan pengguna supaya melalui jalan alternatif.

“Pihak bomba menerima panggilan kecemasan bencana banjir di kawasan tersebut pada 4.15 petang tadi. Hujan mula reda namun paras air masih setengah kaki (0.15 meter) dari paras jalan raya. Keadaan trafik pada mas4 ini adalah perlahan,” katanya.

Misran berkata terdapat sebuah kenderaan pacu4n empat roda terjunam ke dalam parit di jalan itu dan didapati mangsa telah keluar sendiri dari kenderaan itu dengan dibantu orang aw4m sebelum pasukan bomba tiba.

“Mangsa dilaporkan selamat dan pemeriksaan di kawasan kenderaan turut dijalank4n bagi memastikan keadaan selamat,” katanya.

Terdahulu tular menerusi media sosial air laut melimp4h ke Jalan Tun Fuad Stephen dan sebuah kenderaan pacuan empat roda terbabas ke dalam parit akibat banjir kilat itu.

Sumber: BERNAMA

About Mat Lan Editor

Check Also

pesilat-sukma-terengganu-meninggal-dunia-setelah-terkena-tendangan-maut-pihak-lawan

Pesilat Sukma Terengganu meninggal dunia setelah terkena tendangan maut pihak lawan

Atlet silat Sukan Malaysia (Sukma) Terengganu, Wan Muhammad Haikal Wan Hussin, 21, meninggal dunia selepas …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments