Seorang lelaki memakai telekung dirakam mencuri barangan berh4rga milik seorang wanita ketika dia sedang menunaikan solat Subuh di sebuah masjid di Seksyen 18, Shah Alam.
Dalam siri ciapan yang disiarkan oleh @azfrrr pada 20 December lalu, dia memuat naik beberapa gambar seorang lelaki dipercayai mencuri iPhone X milik ibunya dengan menyamar sebag4i salah seorang jemaah muslimah.
“Mohon pertolongan warga #ShahAlam #Seksyen18ShahAlam yang kenal hamba Allah yang sanggup menyarung telekung untuk curi iPhone X mak saya subuh hari ini 20 Dis 2022 untuk berit4hu pulangkan balik iPhone X tersebut,” katanya.
Dia menambah bahawa ganjaran akan diberikan kep4da mereka yang sudi membantu mencari lelaki tersebut.
Dalam video tersebut, lelaki itu dilihat menyelinap masuk ke surau wanit4 dan terus memakai telekung yang disediakan oleh pihak masjid.
Selepas melihat sekeliling untuk memastikan tiada orang lain di situ, lelaki itu cepat-cepat meny4mbar beg tangan mangsa dan melarikan diri dari tempat kejadian ketika wanita itu dalam keadaan sujud.
Ciapan Azfar telah mendapat reaksi pelbagai oleh netizen dengan kebanyak4nnya marah dengan tindakan pencuri yang tidak bertanggungjawab.
Manakala seorang netizen memberitahu Azfar bahawa kejadian yang s4ma telah terjadi di masjid tersebut beberapa hari selepas kejadian yang menimpa Ibu Azfar.
sumber : vocket