27 tahun bukan satu tempoh yang pendek. Hampir tiga dekad setia memberikan perkhidmatan, kakitangan sebuah stesen minyak ini menerima tajaan menunaikan umrah daripada majikannya.
Ganjaran seringkali diiktiraf sebagai instrumen yang sangat penting untuk menarik dalam memotivasikan pekerja.
Pelbagai cara boleh dilakukan sebagai memberikan penghargakepada kakitangan, antaranya memberi imbuhan seperti pakej melancong, kenaikan pangkat atau gaji.
Stesen minyak Petronas di Pendang, Kedah menjadi tular di laman sosial TikTok selepas seorang pekerja yang dikenali sebagai Yusuf menerima tajaan pakej umrah sebagai tanda penghargaan selepas 27 tahun memberikan khidmat.
Perkongsian Siti Nur Ahmad itu ditonton sebanyak 185,000 kali dan menerima 18,800 tanda suka di laman sosial TikTok.
Tidak hanya itu, majikan tersebut memberikan pengiktirafan anugerah pekerja terbaik bulanan dan mutu perkhidmatan terbaik tanpa mengira pangkat termasuk juruwang, merchandiser hinggalah ke tahap pengurus kanan.
Warga maya memuji tindakan pemilik stesen minyak terbabit dan mendoakan urusan umrah Yusuf berjalan lancar.
-”Ya ALLAH rezeki beliau. Kesetiaannya kepada syarikat adalah penantian yang tidak sia-sia.”
“TERBAIKLAH MAJIKAN SEPERTI INI, SEMOGA DIMURAHKAN REZEKI DENGAN BERLIPAT KALI GANDA.”
– “Saya doakan pemilik stesen minyak ini tidak akan miskin dan boleh memb4wa lebih ramai orang lain mejadi tetamu ALLAH.”
– “Terbaiklah Petronas Pendang, moga sentiasa murah rezeki.”
– “Tahniah, moga stesen minyak lain menjadikan ini contoh.”
– “Alhamdulillah. Terima kasih kepada yang berkongsi rezeki dengan pakcik ini, moga makin luas rezeki majikannya.”
Menerusi ruangan komen, anak kepada Pakcik Yusuf diken4li sebagai Sabri turut mengucapkan tahniah. Menurut Sabri, khidmat lelaki itu di stesen minyak berkenaan adalah seusia dirinya
“TAHNIAH AYAH. TIDAK SIA-SIA AYAH KERJA SANA LAMA. SAMA UMUR ABANG AYAH BERKHIDMAT. ALHAMDULILLAH REZEKI AYAH,” TITIPNYA.
Bukan mudah mendapatkan tenaga kerja yang setia, jujur, ikhlas dan amanah.
Semoga penghargaan diberikan oleh majikan ini kepada pekerjanya memberikan inspirasi kep4da perusahaan lain agar tidak lupa memberikan imbalan kepada kerja keras dan kesetiaan kaki tang4n yang sanggup menempuhi jatuh bangun bersama.