Salah Satu Bencana Paling Dahsyat Dal4m Sejarah, Hari Ini Genap 18 Tahun Tsunami L4nda Aceh

Salah Satu Bencana Paling Dahsyat Dalam Sejarah, Hari Ini Genap 18 T4hun Tsunami Landa Aceh

Sejak kebelakangan ini, kita sering mendengar mengen4i kejadian bencana alam yang berlaku di seluruh dunia seperti kejadian banjir besar, gempa bumi, tanah runtuh dan beberapa bencana lain.

Malah, baru-baru ini negara Malaysia turut ditimpa nasib yang sama ap4bila kejadian tanah runtuh yang berlaku di Batang Kali telah mengorbankan 31 nyawa yang melibatkan kanak-kanak dan orang dewasa.

Kekerapan bencana yang berlaku ini pasti telah menyeb4bkan penduduk yang terkesan berasa amat bimbang dan takut tentang keselamat4n masing-masing.

Bukan hanya di Malaysia, negara jiran iaitu Indonesia turut terkesan dengan bencana alam yang berlaku saban tahun yang telah mengorbankan beberapa juml4h mangsa di negara itu.

Apabila bercakap mengenai bencana alam di Indonesia, suatu ketika dahulu neg4ra tersebut gempar dengan satu bencana alam terbesar iaitu tsunami yang berlaku di wilayah Aceh.

Hari ini, tarikh 26 Disember telah menandakan bahawa genapnya 18 tahun tragedi tsunami yang memb4dai wilayah Aceh pada 26 Disember 2004.

Kredit: Choo Youn-Kong/AFP

Tragedi ombak tsunami itu dipercayai bermula kira-kira sekitar jam 7.59 pagi apabila gempa bumi bermagnitud 9.3 berlaku di dasar Lautan Hindi, malah gempa bumi itu turut diangg4p sebagai gempa bumi ke-5 terbesar dalam sejar4h oleh pakar.

Kemudian, tidak lama selepas itu satu gelombang tsunami muncul dan di4nggarkan mempunyai ketinggian 30 meter dengan kelajuan sehingga 100 meter sesaat atau 360 kilometer sejam.

Kredit: Kompasiana.com

Ombak besar yang kuat itu bukan sahaja telah menghanyutkan penduduk, haiwan ternakan, memusnahkan kawasan penempatan, malah ia turut menarik sebuah kapal yang berada di laut ke tengah-tengah kawasan tanah besar.

Difahamkan, kapal tersebut merupakan Kapal PLTD Apung yang tel4h ditarik sehingga 5 kilometer dari kawasan perairan ke tengah-tengah kawasan tanah besar.

Kredit: Sandy Mahendra

Sehari selepas kejadian tsunami itu berlaku, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah mengisytiharkan bencana alam tsunami Aceh sebagai bencana kemanusiaan terbesar yang pernah berlaku.

Susulan tragedi itu, bantuan antarabangsa tiba untuk memberi bantuan kep4da penduduk yang terjejas akibat tsunami Aceh, malah sebuah pesawat tentera dari Jerman ke Amerika Syarikat turut dibawa ke lokasi bencana.

Pada 4 Januari 2005, PBB telah mengeluark4n anggaran awal mengenai jumlah kematian yang berpunca daripada tsunami Aceh itu berkemungkinan besar melibatkan lebih 200,000 orang mangsa.

Bencana itu dilaporkan telah meragut sekit4r 130,000 hingga 160,000 nyawa daripada keseluruhan 320,000 populasi penduduk di Aceh, malah turut menyebabkan lebih 500,000 kehilangan tempat tinggal dan semua rangkai4n elektrik juga terputus.

Pun begitu, jumlah itu bukan sahaja melibatkan negara Indonesia, malah dari negara berdekatan yang turut terkesan dengan bencana tersebut.

Malaysia dan Thailand turut terkesan

Ketika tsunami melanda wilayah Aceh, gelombang tsunami yang mempunyai kelajuan 800 kilometer per jam itu turut melanda negara Thailand sejam setengah selepas gempa membadai wilayah Phang Nga dan Phuket.

Mangsa korban di Thailand melibatkan hampir 5,400 nyawa termasuk 2,000 pelancong luar.

Bukan itu sahaja, Malaysia turut terkesan dengan tsunami itu apabila ombak besar membadai negeri di kawasan pantai barat, malah turut mengorbankan 67 nyawa.

Pulau Pinang merupakan negeri yang paling teruk terjejas setelah 52 kematian dicatatkan, diikuti dengan Kedah yang melibatkan 12 mangsa, Perak sebanyak 2 mangsa serta seorang mangsa di negeri Selangor.

Selain itu, tsunami itu turut melanda kawasan Laut Hindi dan menjejaskan Sri Lanka, malah ia turut dilaporkan merentas sehingga ke kawasan pantai timur Afrika yang merupakan tempat paling jauh dari titik gempa yang menerima kesan bencana tsunami itu.

Kredit: ABC.net via Liputan6.com

Bencana itu turut menjadi liputan media utama antarab4ngsa selama beberapa bulan selepas kejadian tsunami itu.

Bahkan, Presiden ke-6 Indonesia, Soesilo Bambang Yudhoyono telah menetapkan 3 hari tempoh berkabung sebagai tanda simpati kepada bangsa dan negara Indonesia ke atas bencana yang melanda negara itu.

Bagaimanapun, hasil bantuan dan perhatian yang diberikan oleh masyarakat Indonesia serta masyarakat luar kepada kawasan yang terjejas itu telah menjadikan wilayah Aceh semakin pulih daripada bencana itu.

Bukan sahaja pulih dari segi infrastruktur dan bangun4n, malah ekonomi di wilayah Aceh turut membangun.

Muzium Tsunami Aceh Ditubuhkan

Pada tahun 2009, sebuah muzium telah ditubuhkan bagi memperingati peristiwa bersejarah itu. Muzium itu dikenali sebagai Muzium Tsunami Aceh yang terletak di Kota Bandar Aceh.

Kredit: KOMPAS.COM/Dendi Ramdhani

Muzium itu menjadi tumpuan pelancong apabila terdapat pelbagai replika yang menggambarkan peristiwa serta senarai nama mangsa yang terkorban turut dipamerkan di muzium itu.

Selain menjadi tapak memperingati bencana gempa bumi dan tsun4mi yang berlaku, ia turut dijadikan sebagai pusat pembelajaran dan pendidikan kepada masyarakat.

Sumber: Nasional KontanAstro Awani

About Mat Lan Editor

Check Also

penyanyi-rap-terkenal-temui-hidayah-ketika-dipuncak-kegemilangan,-cinta-bersemi-ketika-mendengar-azan…

Penyanyi Rap terkenal temui hidayah ketika dipuncak kegemilangan, cinta bersemi ketika mendengar azan…

Laungan azan di sebuah masjid di Dubai menarik minat seorang lelaki kulit hitam yang berada …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments