T4hfiz diceroboh, pengetua ceder4 dipukul

IPOH – Seorang pendakwah terken4l yang juga pengetua sebuah maahad tahfiz di Kampung Sri Kinta di sini mengalami kecederaan selepas dipukul dal4m kejadian pada petang Ahad.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku selepas mangsa bertemu dengan waris seorang rem4ja yang dipercayai telah menceroboh masuk ke dalam maahad tahfiz berkenaan.

Pengerusi Persatuan Maahad Tahfiz Al-Quran Negeri Perak (Pematap), Datuk Mohd Azlan Suhaimi berk4ta, pihaknya memandang serius kes pencerobohan yang berlaku serta kes pukul sehingga mendatangkan kecederaan.

“Kami difahamkan satu laporan polis telah dibuat berhubung kejadian tersebut malah laporan perubatan juga telah diberikan pihak hospital mengenai kecederaan dialami oleh mangsa,” katanya dalam satu kenyataan yang di Facebook Pematap pada Isnin.

Kecederaan di kaki kiri dialami mangsa selepas dipukul dal4m kejadian pada petang Ahad.

Beliau berkata, pihaknya menerima makluman mengenai tahfiz tersebut yang telah diceroboh oleh beberapa orang luar untuk bermain bola pada petang Ahad dan difahamkan pencerobohan tersebut bukanlah kali pertama.

Susulan tersebut katanya, mangsa telah ke rumah salah seorang yang terlibat untuk menasihati dan memberi teguran sebelum dimaki hamun, diserang, ditumbuk, dihalau, ditolak serta dipukul sehingga mendatangkan kecederaan.

Dalam pada itu, Mohd Azlan berharap pihak berkuasa bertind4k sewajarnya kerana ia membahayakan pihak maahad tahfiz berkenaan.

Katanya, tindakan tegas perlu dilaksanakan supaya perkara seumpama itu tidak lagi berulang pada masa akan datang.

About Mat Lan Editor

Check Also

kelibat-4-‘pontianak-berkeliaran-di-pekarangan-snbj-curi-perhatian-ramai

Kelibat 4 ‘pontianak berkeliaran di pekarangan SNBJ curi perhatian ramai

Kelibat 4 ‘pontianak berkeliaran di pekarangan SNBJ curi perhatian ramai. Perlawanan final Piala FA membabitkan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments