Baru-baru ini, Lembaga Zakat Selangor (LZS) kecewa dengan tind4kan seorang asnaf meninggalkan rumah sewa dalam keadaan kotor dan rosak.
Menurut sumber, Ketua Divisyen Komunikasi Korporat LZS, Datin Norajun Ainun Mohd Hashim risau sekiranya tindakan menganiaya pemilik rum4h sewa ini akan menyebabkan asnaf lain suk4r untuk menyewa pada masa hadapan.
Dalam pada itu, Norajun menasihatkan agar kesemua asnaf lain perlu bersik4p amanah dan tanggungjawab untuk membersihkan atau menjaga rumah seperti harta sendiri.
Bahkan, beliau mencadangk4n supaya pemilik rumah sewa terlibat membuat aduan rasmi kepada LZS bagi menghentikan bantuan sewa rumah tersebut memandangkan penyewa tidak lagi menetap di situ.
Susulan foto yang tular di akaun Facebook mengenai keadaan rumah tersebut, rata-rata netizen mengecam tindakan seorang asnaf yang tidak bertanggungjwab itu. Tambah netizen lagi, tindakannya itu sedikit sebany4k telah memberi imej tidak baik kepada asnaf yang lain.
Sementara itu, Norajun mengatakan lebih 16,000 kelu4rga asnaf fakir, miskin dan mualaf di Selangor menerima bantuan sewa rumah daripada LZS.
Bukan itu sahaja, beliau berkata, bantuan akan diberikan kepada pemilik rumah sewa secara bulan4n yang disalurkan terus ke akaun pemilik rumah sewa di negeri ini.