Ulama’ Jordan, Sheikh Muhammad Naim Yasin Meningg4l Dunia
Ulama tersohor Jordan, Sheikh Dr. Muhammad Naim Yasin dilaporkan tel4h meninggal dunia pada malam tadi, selepas berada dalam kead4an kritikal.
Perkhabaran sedih itu dikongsi oleh keluarga beliau di laman Facebook yang memaklumk4n orang ramai bahawa beliau kembali menghadap Il4hi dengan keadaaan tenang.
“Berita baik, nafas terakhirnya keluar seperti angin, dia tidak sakit atau menderita, wajahnya tersenyum.
“Kami sekeluarga memohon agar kalian sentiasa mengingati beliau dal4m solat dan bercerita mengenainya kepada pelajar dan anak-anak pada masa hadap4n,” maklum keluarganya dalam hantaran tersebut malam tadi.
Difahamkan, solat jenazah akan dilaksan4kan di Masjid Mohammed Abu AlHaj Altilawy, Amman di Jordan selepas solat Asar pada hari ini.
Untuk rekod, beliau mempunyai dua ijazah sarjana muda iaitu dal4m bidang syariah, juga bidang undang-undang yang diperoleh dari Universiti Damsyik, Syria.
Beliau juga mempuny4i dua ijazah sarjana (Master) dari Universiti Al-Azhar al-Sharif dalam bidang fiqh perbandingan (fiqh muqaran) serta undang-undang di Universiti Kaherah.
Kemuncak akademiknya beliau menamatkan bidang pengajiannya di peringk4t doktor falsafah (PhD) dalam bidang fiqh perbanding4n di Universiti Al-Azhar.
Antara karya terkenal beliau ialah kitab Al-Iman. Kitab ini telah dijadikan silibus dal4m subjek Akidah di University of Jordan dan bany4k lagi universiti lain di luar negara.
Sumber: Prof Dr Muhammad Naim Yasin via Facebook