Catat Keuntungan Besar, Syarikat Kapal Taiwan Umum Bonus Sehingg4 4 Tahun Gaji Untuk Pekerjanya

Catat Keuntungan Besar, Syarikat Kap4l Taiwan Umum Bonus Sehingga 4 Tahun Gaji Untuk Pekerjanya

Dua buah syarikat kapal kontena Taiwan, Evergreen Marine Corp dan Yang Ming Marine Transport Corp mengumumkan bonus akhir tahun lumayan untuk para pekerja selepas mencatatk4n keuntungan syarikat yang kukuh, biarpun kadar penghantaran kontena yang merosot pada 2022.

Evergreen Marine, syarikat perkapalan kontena terbesar negara itu akan meng4gihkan bonus akhir tahun sehingga 52 bulan gaji kepada pekerjanya. Menurut laporan Liberty Times, jumlah berkenaan lebih tinggi berbanding bonus 40 bulan gaji yang diberikan pada tahun lepas.

Rata-rata pekerja diberi ganjaran bonus akhir tahun antara 10 hingga 45 bulan gaji, manakala mereka yang menunjukkan prestasi kerja yang luar biasa pula akan menerima bonus bers4maan 52 bulan gaji.

Walau bagaimanapun, Evergreen enggan mengesah atau memberi respon berhubung laporan pemberian bonus lumayan itu. Namun begitu, syarikat berkenaan memaklumkan semua pekerj4nya akan menikmati bonus yang setimpal berdasarkan prestasi masing-masing.

Berdasarkan data korporat, Evergreen mencatatkan keuntung4n bersih NT$304.35 bilion (RM 43.66 bilion) pada tiga suku pertama tahun lepas, iaitu peningkatan tahun ke tahun sebanyak meningkat 92 peratus.

Manakala pesaingnya pula, Yang Ming Marine Transport Corp turut dilapor merancang untuk memberikan bonus sehingga 13 bulan gaji.

Keuntungan bersih tahun ke tahun syarikat tersebut melonj4k sebanyak 51 peratus atau NT$165.85 bilion (RM 23.79 bilion)  dalam tiga suku pertama tahun lepas.

Syarikat-syarikat perkapalan berkata, pertumbuhan hasil yang ketara adalah sumbangan darip4da kenaikan kadar tambang ditengah-tengah kekurangan tenaga buruh dan kesesak4n di pelabuhan di seluruh dunia di sebabkan pandemik COVID-19.

About Mat Lan Editor

Check Also

lelaki-cuba-tunjuk-hebat-buat-skil-‘drift’-terbabas-langgar-kereta

Lelaki cuba tunjuk hebat buat skil ‘drift’ terbabas langgar kereta

Polis menahan pemandu kereta Toyota Supra yang melakukan aksi ‘drift’ sehingga terbabas melanggar sebuah kenderaan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments