Kenaikan OPR ditentukan B4nk Negara – PM

PUTRAJAYA – [DIKEMAS KINI] Kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) tertakluk kepada keputusan Bank Negara Malaysia (BNM).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, berdasarkan und4ng-undang dan peraturan sedia ada, Bank Negara itu berhak membuat keputusan.

Bagaimanapun katanya, kerajaan melalui Kementerian Kewangan boleh membincangkan perkara tersebut.

“Ikut peraturan dan undang-undang sekarang ini, (penentuan) OPR ini keputusan BNM, bukan keputusan Kementerian Kewangan.

“Saya boleh bincang tetapi itu adalah hak BNM (untuk buat keputusan),” katanya dalam sidang akhbar selepas mesyuarat kabinet di Pejabat Perdana Menteri di sini pada Rabu.

Tambahnya, dasar atau polisi monetari sememangnya di bawah pengkhususan BNM.

Sinar Harian pada Disember lalu melaporkan CGS-CIMB Research (CGS-CIMB) memberi jangkaan dua lagi kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) masing-masing sebanyak 25 mata asas kepada 3.25 peratus, berb4nding 2.75 peratus sekarang berikutan tekanan inflasi dijangka kekal pada tahun ini.

Menurut Ahli Ekonomi CGS-CIMB, Nazmi Idrus, pertumbuhan inflasi teras yang kukuh pada November tahun lalu mencerminkan keadaan permint4an domestik yang mantap pada bulan tersebut.

About Mat Lan Editor

Check Also

kelibat-4-‘pontianak-berkeliaran-di-pekarangan-snbj-curi-perhatian-ramai

Kelibat 4 ‘pontianak berkeliaran di pekarangan SNBJ curi perhatian ramai

Kelibat 4 ‘pontianak berkeliaran di pekarangan SNBJ curi perhatian ramai. Perlawanan final Piala FA membabitkan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments