Pemandu Lori Pandu Law4n Arus Di Linkedua Sehingga Sebabk4n Kemalangan Ditahan

JOHOR BAHRU, (Bernama) — Seorang pem4ndu lori dipercayai memandu melawan arus di Kilometer 5.5 Lebuh Raya Linkedua, Iskandar Puteri sehingga menyebabkan kemalangan, ditahan petang semalam.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP Rahmat Ariffin berkata lelaki berusi4 41 tahun yang didapati di bawah pengaruh alkohol itu, ditah4n pada pukul 4.40 petang tadi bagi membantu siasatan.

Beliau berkata terdahulu pihaknya menerima laporan kemalangan membabitkan sebuah lori dengan dua buah kereta jenis Mercedes Benz dan Nissan Almera kira-kira 4.30 petang.

Rahmat berkata siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berl4ku apabila pemandu lori berkenaan dalam perjalanan dari Kulai menghala ke Pelabuhan Tanjung Pelepas.

“Apabila sampai di kawasan rehat dan rawat (R&R) Gelang Patah mengh4la ke Selatan, pemandu lori berkenaan telah terlepas susur ke Pelabuhan Tanjung Pelepas.

“Pemandu lori itu memandu melawan arus untuk masuk semul4 ke susur Pelabuhan Tanjung Pelepas,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Rahmat berkata lori yang dipandu di lorong paling kanan melawan arus dan bertembung dengan dua buah kereta jenis Mercedes Benz dan Nissan Almera, yang berada di laluan tersebut.

Rahmat berkata pemandu kereta Mercedes Benz yang mengalami kecederaan pada bahagian leher dan kaki, dibawa untuk rawatan lanjut di Hospital Sultanah Aminah.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 44 (1) Akta Pengangkut4n Jalan 1987.

Terdahulu, tular sebuah video di media sosial berdurasi 50 saat menunjukkan sebuah lori yang dipandu melawan arus di Linkedua.

 

Sumber: BERNAMA

About Mat Lan Editor

Check Also

aman-palestin-dakwa-sprm-bermiat-jahat,-beri-tempoh-3-hari-nyah-beku-akaun

Aman Palestin dakwa SPRM bermiat jahat, beri tempoh 3 hari nyah beku akaun

Aman Palestin dakwa SPRM bermiat jahat, beri tempoh 3 hari nyah beku akaun. Aman Palestin …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments