Budak Lelaki Terperangkp Dalam Lubang Konkrit Disahk4n Meninggal Dunia
HANOI — Kanak-kanak lelaki 10 tahun yang dilaporkan terperangkap dalam lubang konkrit telah disahk4n meninggal dunia hari ini.
Memetik AFP, pasukan penyelam4t di wilayah Dong Thap di Delta Mekong telah berusaha untuk menaikkan tiang berkenaan dari sebuah lubang sedalam 35 meter (115 kaki).
Difahamkan, mangsa terjatuh dalam lub4ng konkrit tersebut yang hanya selebar 25 sentimeter (12 inci) sewaktu mencari besi buruk pada Sabtu lalu.
Timbalan Ketua Wilayah, Doan Tan Buu pada hari ini mengesahk4n kematian mangsa.
“Dia telah terperangkap dalam tiang yang sangat dalam dengan pelbagai kecederaan yang dialami dan kadar oksigen yang tidak mencukupi untuk tempoh yang lama.
“Kami telah berusaha untuk menyelamatkan kanak-kanak terbabit. Bagaimanapun, dengan keadaannya mustahil untuk bertahan,” katanya kepada wartawan di lokasi kejadian.
Tambah Buu, pengumuman itu dibuat selepas membuat runding4n bersama doktor pakar.
Beliau turut mengakui ia adalah satu tugas yang sangat sukar walaupun pasuk4n penyelamat bertekad untuk membawa naik mayatnya secepat mungkin bagi proses pengebumian.
Terdahulu, pihak berkuasa Vietnam telah mengerahkan ratusan askar dan pakar kejuruteraan dalam usaha menyelamatkan mangsa pada Selasa.
Paip jenis logam sepanjang 19 meter telah diturunk4n di sekeliling tiub konkrit di lokasi mangsa terperangkap bagi mengeluarkan lumpur dan mengangkatnya keluar.
Bagaimanapun, segala usaha yang telah dilakukan oleh pasuk4n penyelamat hanya menemui jalan buntu.
Sumber: AFP