Tiga Angkasawan Terperangk4p Di ISS, Tangki Kap4l Angkasa Nak Bawa Pulang Ke Bumi Dilapor Bocor
Tiga orang angkasawan kini berdepan detik cemas apabila terkandas di ISS selepas kapal angkasa Soyuz milik Rusia yang akan digunakan untuk membawa mereka pulang ke Bumi dilapor mengal4mi kebocoran tangki penyejuk, pada pertengahan Disember lepas.
Susulan itu, NASA semalam dilapor telah menghubungi rakan kongsi komersi4lnya, SpaceX untuk ”mengetahui keupayaannya membawa pulang kru tambahan menaiki Dragon, jika diperlukan dalam situasi kecemasan”.
Ketika ini, NASA turut sedang menjalankan analisis untuk menentuk4n sama ada Soyuz masih berupaya untuk membawa pulang semua angkasawan dari ISS.
Terdahulu, Soyuz menerbangkan seorang angkasawan Amerika Syarikat dan dua orang angkasawan Rusia ke ISS pada September 2022. Bagaimanapun, pada 14 Disember lepas, satu kebocor4n tangki penyejuk dikesan pada pesawat tersebut ketika berlabuh pada ISS.
Kebocoran tersebut dilaporkan berlarutan selama tiga jam dan turut disiarkan secara langsung menerusi NASA TV.
Kesemu angkasawan yang berada dalan stesen angkasa tersebut tidak mengal4mi sebarang kecederaan tetapi nasib ketiga-tiga angkasawan tersebut kini tergantung selepas mereka dijadualk4n untuk pulang semula ke Bumi menggunak4n pesawat berkenaan.
Keputus4n yang diambil oleh NASA dan Roscosmos
“NASA dan Roscosmos terus menjalankan pelbagai semakan dan mendapatkan konsultasi dari beberapa pihak mengenai kaedah-kaedah untuk membawa pulang kru Soyuz ke Bumi dalam keadaan yang selamat,” tulis NASA dalam sebuah hantaran blognya.
Dua agensi angkasa lepas itu dijangka bakal memberikan k4ta putus mengenai kemampuan kapal angkasa ini untuk membawa pulang kru yang tersadai pada bulan ini.
Sebelum ini, Roscosmos berharap bah4wa pihaknya dapat memberikan keputusan pada Disember 27, tetapi agensi tersebut mengumumkan bahawa pihaknya masih memerlukan lebih masa untuk menilai kemampuan Soyuz untuk terbang ke Bumi semula dengan selamat
Setakat ini, sebab utama mengenai kebocoran bahan penyejuk masih tidak diumumk4n. Berkemungkinan kebocoran tersebut berpunca dari mikrometeorit ataupun samp4h angkasa yang telah meninggalkan lubang sebesar 0.8 milimeter pada kapal angkasa Soyuz MS-22.
Untuk makluman, Rubio merupakan angkasawan pertama NASA yang menaiki kapal angkasa Rusia, Soyuz sejak April 2021, berdasarkan perjanjian antar4 dua agensi angkasa lepas itu.
Sumber: Gizmodo