China Dilapor Rekod Lebih 218,000 Kes Baharu COVID-19 Dal4m Seminggu Setak4t 1 Januari

China Dilapor Rekod Lebih 218,000 Kes Baharu COVID-19 Dalam Seminggu Setakat 1 Januari

China dilapor merekodkan sebanyak 218,019 kes baharu Covid dalam tempoh seminggu setak4t 1 Januari.

Negara berkenaan berdepan deng4n peningkatan mendadak kes baharu susulan keputusan kerajaan melonggarkan sekatan pergerakkan Disember lalu selepas tiga tahun melaksanakan polisi sifar Covid-19.

Pada Selasa, China turut melaporkan lima kematian dan menjadikan angka korban keseluruhan meningkat kepada 5,258 kematian. WHO sebelum ini memberitahu bahawa pihakny4 tidak lagi menerima sebarang data terkini kes Covid-19 yang dimasukkan ke hospital di China sejak negara itu melonggarkan sekatan.

Badan dunia itu juga mendedahkan bahawa terdap4t jurang ketara dalam data kes yang mana mungkin berpunca daripada kesulitan yang dihadapi China untuk menentukan jumlah kes sebenar semenjak jangkitan meningkat secara mendadak.

Laporan terbaru WHO menunjukkan China merekodkan 22,416 kes bah4ru yang dimasukkan ke hospital dalam tempoh seminggu hingga 1 Januari berbanding 15,161 kes pada minggu sebelumnya. Jumlah itu masih di bawah paras tertinggi sepanjang masa iaitu hampir 29,000 kemasukan ke hospital yang dicatatkan pada awal Disember.

China kemudian melaporkan sebanyak 218,019 kes baharu dan 648 kematian dicatatkan dalam tempoh yang sama termasuk sembilan kematian yang ada kaitan dengan kes Covid-19.

Walau bagaimanapun, WHO mengkritik cara China mengendalikan wabak itu deng4n menegaskan bahawa data dikemukakan oleh Beijing tidak memberikan gambar4n yang tepat tentang situasi sebenar.

WHO yang sedang bersedia untuk bertemu saintis dari China sebagai sebahagi4n daripada taklimat yang lebih luas di kalangan negara anggota mengenai situasi koronavirus global.

Sementara itu, beberapa negara juga telah mengeluark4n sekatan ke atas pelancong dari China kerana kebimbangan berkaitan varian baharu dan penyebarannya.

About Mat Lan Editor

Check Also

aman-palestin-dakwa-sprm-bermiat-jahat,-beri-tempoh-3-hari-nyah-beku-akaun

Aman Palestin dakwa SPRM bermiat jahat, beri tempoh 3 hari nyah beku akaun

Aman Palestin dakwa SPRM bermiat jahat, beri tempoh 3 hari nyah beku akaun. Aman Palestin …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments