CEO Syarikat Swasta Diperc4yai ‘Dalang’ Agih Projek Kerajaan Ditah4n

PUTRAJAYA, 6 Jan (Bernama) — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menah4n seorang ketua pegawai eksekutif sebuah syarikat swasta lewat malam semalam kerana disyaki menjadi ‘dalang’ dalam pengagihan projek kerajaan di bawah pakej rangsangan ekonomi pada 2020 hingga 2022.

Sumber SPRM berkata lelaki berusia 42 tahun itu yang dipercayai menerim4 rasuah bagi menghubungkan kontraktor dan pihak atasan dalam projek terlibat, ditah4n ketika hadir memberi keterangan di ibu pejabat SPRM di sini.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki yang mengesahkan penahanan tersebut ketika dihubungi h4ri ini berkata kes disiasat di bawah Seksyen 16 (a) Akta SPRM 2009.

Mahkamah Majistret Putrajaya di sini pula membenarkan lelaki tersebut direm4n lima hari hingga Selasa depan bagi melengkapkan kertas siasatan.

Pada Disember lepas, SPRM mengeluarkan kenyataan berhubung siasatan yang difokusk4n kepada dana kerajaan berjumlah RM92.5 bilion di bawah program rangsang4n dan pemulihan ekonomi.

Kenyataan itu memaklumkan siasatan awal mendapati jumlah peruntukan terlibat dalam program tersebut dianggarkan RM530 billion dan hanya RM92.5 billion melibatkan dana kerajaan, manakala selebihnya bukan daripada kerajaan.

Sumber SPRM berkata suruhanjaya itu telah membuka beberapa kertas siasatan terhadap sekurang-kurangnya lima individu yang dipercayai menjadi dalang atau orang tengah kepada beberapa syarikat untuk memperoleh projek bernilai antara RM50 juta hingga RM500 juta secara runding terus.

“Setakat ini beberapa kontraktor yang disoal siasat mengaku bersetuju memb4yar komisyen sebanyak tiga hingga lima peratus,” menurut sumber itu.

Sumber: BERNAMA

About Mat Lan Editor

Check Also

aman-palestin-dakwa-sprm-bermiat-jahat,-beri-tempoh-3-hari-nyah-beku-akaun

Aman Palestin dakwa SPRM bermiat jahat, beri tempoh 3 hari nyah beku akaun

Aman Palestin dakwa SPRM bermiat jahat, beri tempoh 3 hari nyah beku akaun. Aman Palestin …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments