Tiad4 majoriti, ker4jaan Sabah tumbang?

KOTA KINABALU – Tindakan Barisan Nasional (BN) Sabah menarik sokong4n terhadap Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor bakal menyebabkan kerajaan Sabah yang dibentuk bersam4 selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu tumbang.

Mengikut jumlah kerusi yang ada ketika ini, BN memiliki sebanyak 18 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), manakala Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memiliki 29 kerusi term4suk ADUN Dilantik.

Sementara itu, Parti Warisan (Warisan) pula mempunyai 19 kerusi DUN dan Pakatan Harapan (PH) Sabah mempunyai tujuh kerusi DUN.

Parti lain seperti Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) memiliki tiga kerusi DUN manakala Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan) dan ADUN Bebas masing-masing mempunyai satu kerusi.

Jumlah kerusi yang ada ketika ini menjadikan tidak ada satu pun parti yang dapat membentuk kerajaan melainkan menerusi gabungan antara parti yang memiliki jumlah kerusi DUN yang banyak.

Sebelum ini, terdapat desas-desus bahawa BN Sabah akan bekerjasama dengan Warisan dan jika gabungan antara dua parti itu berhasil, ini bermakna mereka memiliki 37 kerusi DUN.

Gabungan dua parti itu memerlukan sokongan sekurang-kurangnya tiga lagi kerusi DUN sama ada daripada ADUN Bebas atau ADUN daripada KDM dan Harapan bagi mendapatkan majoriti mudah membentuk kerajaan baharu.

Dalam sidang akhbar Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar R4din pada Jumaat, beliau melihat bahawa kerajaan negeri yang ada ketika kini sudah tidak berfungsi.

“Saya melihat bahawa kerajaan Sabah telah tidak berfungsi, telah gugur seb4b perjanjian antara BN dan Perikatan Nasional (PN) sudah tidak ada. Jadi tidak ada mana-mana parti yang mengatakan dia masih berkerajaan,” katanya.

Ditanya jika beliau akan bekerjasama dengan Warisan, Bung Moktar tidak menolak kemungkinan itu dan boleh bekerjasama dengan sesiapa sahaja.

“Kami boleh bekerja dengan sesiapa saja, mana-mana parti selagi mereka ikhlas,” katanya.

Bercakap mengenai dakwaan GRS mendap4t sokongan daripada tujuh ADUN PH dan parti kecil yang lain, Bung Moktar menegaskan bahawa itu hanya dakwaan daripada pihak GRS.

About Mat Lan Editor

Check Also

lelaki-cuba-tunjuk-hebat-buat-skil-‘drift’-terbabas-langgar-kereta

Lelaki cuba tunjuk hebat buat skil ‘drift’ terbabas langgar kereta

Polis menahan pemandu kereta Toyota Supra yang melakukan aksi ‘drift’ sehingga terbabas melanggar sebuah kenderaan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments