RIYADH – Imej satelit Terra milik Agensi Pentadbiran Aeronautik dan Angk4sa Lepas Kebangsaan (NASA) berjaya merakamkan keadaan luar biasa kawasan pad4ng pasir di beberapa wilayah di barat Arab Saudi yang kini ‘menghijau’.
Sejak Disember 2022, beberapa bahagian di Riyadh telah menyaksikan kerpasan (hujan, hujan batu dan salji yang terhasil daripada pemeluwapan wap air) pada kadar yang hampir berterus4n untuk tempoh yang lebih panjang berbanding tahun sebelumnya pada sudut luar biasa merentasi Mesir dan utara.
Keadaan itu mengakibatkan ketidakstabilan atmosfera y4ng berulang di barat Saudi dan hujan lebat berterus4n serta luar biasa menyebabkan kawasan gurun di Makkah dan Madinah mula menghijau.
Imej menakjubkan itu turut dirakamkan oleh satelit Sentinel-2 di bawah Progr4m Copernicus, sistem pemantau bumi Kesatuan Eropah (EU). – Agensi