‘Perbuatan sang4t tidak profesional, tidak sop4n’ – Tian Chua

SHAH ALAM – Bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua menyifatkan tindakan mengumumkan pemecatan beliau dan empat lagi ahli parti itu kepada media terlebih dahulu sebagai tidak profesional dan sopan.

 

Tian Chua dalam kenyataannya di Facebook berkata, beliau am4t kesal dengan tindakan yang dilakukan Pengerusi Lembaga Disiplin PKR, Datin Dr Tan Yee Kew.

“Pengerusi Jawatankuasa Disiplin telah memilih untuk mengumumk4n pemecatan saya kepada media sebelum menghantar sebarang pemberitahuan kepada saya dan individu-individu lain yang berkenaan.

“Perbuatan yang sangat tidak profesional ini amat dikes4li dan tidak sopan,” katanya pada Isnin.

Pada Ahad, PKR secara rasmi memec4t Tian Chua ekoran tindakan pemimpin itu bertanding sebagai calon Bebas di Parlimen Batu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Perkara itu disahkan Yee Kew ketika dihubungi Sinar Harian.

Tian Chua berkata, sebagai aktivis PKR yang menyaksikan kelahiran gerakan dan terlibat berterus4n dalam perjuangan selama lebih dua dekad, sudah tentunya beli4u sedih dan kecewa dengan keputusan tersebut.

Katanya, sepanjang perjalanan perjuangan dengan parti itu, beliau tidak pernah melakukan sesu4tu yang bertentangan dengan prinsip atau objektif politik parti.

“Hati nurani saya bersih. Sejak awal lagi saya bersedia menerima akib4t bertanding dalam pilihan raya tanpa restu pucuk pimpinan parti. Saya akur bahaw4 parti perlu menjaga disiplin organisasi.

“Walau demikian dalam konteks senario pasca-PRU15, pihak-pihak yang berlawan telah mengetepik4n permusuhan semasa pilihan raya.

“Bahkan musuh lama termasuk mereka yang didakwa pengkhianat telah berdamai dan berikrar untuk bekerjasama dalam pembentukan Kerajaan Perpaduan,” ujarnya.

Tambahnya, tanpa mempertikaikan kuasa kepemimpin4n, tindakan keras menerapkan peraturan adalah bertentangan dengan arus rekonsiliasi dan keterangkuman dalam suasana politik ketika ini.

Tian Chua menegaskan bahawa beliau mengambil tanggungjaw4b atas semua tindakan yang dikenakan tanpa menyalahkan mana-mana pihak.

“Saya menyertai perjuangan Reformasi sejak tahun 1998 hanya dengan tujuan membawa perubahan demokrasi kepada tanah air. Hari ini saya bangga melihat usaha bertahun-tahun tidak sia-sia.

“Saya sedikit pun tidak menyesali setiap minit yang ditabur dalam perjuangan ini. Masih banyak lagi cabaran di hadapan kita,” katanya.

Beliau turut berjanji kepada para penyokong untuk tidak akan memperlahank4n langkah kegiatan untuk melakukan pembaharuan.

“Saya tidak akan undur daripada berjuang untuk membela hak dan kesejahter4an rakyat,” ujarnya.

About Mat Lan Editor

Check Also

tanda-tanya-motosikal-ex5-dihumban-dalam-tasik-akhirnya-terjawab

Tanda tanya motosikal EX5 dihumban dalam tasik akhirnya terjawab

Tanda tanya motosikal EX5 dihumban dalam tasik akhirnya terjawab. Gara-gara tidak berpuas hati dengan perbuatan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments