IPOH – Permintaan pasangan Malaysia untuk mengad4kan pernikahan di Thailand t4hun lalu meningkat dua kali ganda.
Peningkatan itu berlaku susulan pembukaan semul4 sempadan negara selepas ditutup selama hampir dua tahun disebabkan pandemik Covid-19 dan Perint4h Kawalan Pergerakan (PKP).
Seorang ejen nikah sempadan mahu dikenali Kamal, 50, berkata, jika sebelum ini merek4 menerima 15 hingga 20 pasangan sebulan yang mahu menggunakan perkhidmat4n, namun jumlah itu melonjak kepada 30 ke 40 pasangan.
“Disebabkan dua tahun sempadan tidak dibuka, jadi banyak urusan pasang4n yang mahu melangsungkan pernikahan di selatan Thailand tertangguh.
“Ini antara faktor peningkatan berlaku secara mendad4k. Begitupun kita terpaksa mengehadkan pasangan untuk dibawa bagi memudahkan proses urusan ag4r berjalan lancar,” katanya.
Kamal yang telah berpengalaman lebih 12 tahun dalam perkhidmatan itu memberitahu, di Songkhla sahaja, tidak kurang 20 pasangan dari Malaysia bernikah setiap hari dan jumlah itu akan bertambah apabil4 tibanya musim cuti sekolah.
“Setakat ini, Songkhla, Narathiwat, Yala, Pattani, Satun dan Bangkok antara lokasi yang diiktiraf dan diterima oleh kedua-dua negara bagi urusan pernikahan sempadan.
“Paling kerap adalah di Songkhla kerana keduduk4nnya dekat dengan konsulat dan memudahkan pasangan mendapatkan pengesahan pernik4han,” katanya.