Dua Mayat Dilapor Ditemui Di Ru4ng Gear Pendarat4n Pesawat

Dua Mayat Dilapor Ditemui Di Ru4ng Gear Pendaratan Pesawat

BOGOTA — Dua mayat dilaporkan telah ditemuk4n di bahagian bawah pesawat Avianca sewaktu penyelenggaraan di Colombia pada Sabtu lalu.

Menurut kenyataan syarikat penerbangan, Avianca berk4ta pesawat Avianca AV116  dengan nombor pendaftaran N765AV telah melakukan penerbang4n dari Santiago, Chile pada Jumaat jam 7.56 petang waktu tempatan sebelum mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa El Dorado Bogota pada jam 4.26 petang.

Sewaktu penyelenggaraan pesawat, kakitangan syarikat penerbang4n telah menemukan dua mayat di dalam ruang gear pendaratan pesawat berkenaan.

“Protokal keselamatan telah dikeluarkan serta-merta dan pihak berku4sa Colombia serta Chile akan menjalankan siasatan bagi kes tersebut.

“Kami akan bekerjasama dengan pihak pengurusan lapangan terb4ng dan pihak berkuasa tempatan bagi memberi penjelasan serta langkah-langkah yang perlu diambil bagi mengelakkan kejadian yang sama berulang,” maklum Avianca dalam satu kenyataan.

Susulan itu, pihak Avianca menzahirkan rasa simpati terhadap keluarga kedua mayat berkenaan dan syarikat penerbangan itu menambah akan membuat pemeriksaan awal bagi setiap pesawat terlebih dahulu ker4na ia merupakan tanggungjawab pihak berkuasa dan pengurusan lapangan terbang.

Sementara itu, Pejabat Peguam Negara tempatan telah bertind4k memindahkan mayat berkenaan ke bilik mayat untuk proses selanjutnya.

“Ia adalah perkara biasa dalam penerbangan awam apabila penumpang tanpa izin (penyusup) akan bersembunyi di ruang simpanan atau kotak gear pesawat sama seperti kes ini,” kata Pejabat Peguam Negara.

Sumber: Avianca online

About Mat Lan Editor

Check Also

aman-palestin-dakwa-sprm-bermiat-jahat,-beri-tempoh-3-hari-nyah-beku-akaun

Aman Palestin dakwa SPRM bermiat jahat, beri tempoh 3 hari nyah beku akaun

Aman Palestin dakwa SPRM bermiat jahat, beri tempoh 3 hari nyah beku akaun. Aman Palestin …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments