Menerusi satu laporan, dikhabarkan bahawa kos hotel di Makkah dan Madinah makin meningk4t dan ia telah membangkitkan keresahan jemaah umr4h di negara kita.
Susulan itu, bakal jemaah juga telah diminta untuk bersiap sedia sekiranya dimaklumk4n berlaku kenaikan harga pakej umrah oleh agensi pelancongan masing-masing pada saat-saat akhir sebelum berlepas ke Tanah Suci.
Lantaran itu, pensyarah Fiqh Fatwa Semasa, Pusat Kajian Syariah yang juga Timbalan Dekan (Jaringan & Alumni) di Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Madya Dato’ Dr Mohd Izhar Ariff telah mendedahkan taktik kotor pihak pengurusan hotel di Arab Saudi yang didakwa ‘main harga’ hingga s4nggup batalkan tempahan hotel di saat akhir bagi mengambil harga tawaran yang lebih lumay4n dan tinggi.
“Makin melampau lagi apabila booking telah diambil, tapi apabila jemaah semu4 sampai, mereka ubah perjanjian dan tukarkan jemaah ke hotel lain yang tidak menepati apa yang dijanjikan.
“Teruk betul pengurusan perhotelan di Arab Saudi sekarang! Mereka jadi sombong sebab tahu market tetap ad4 walaupun jemaah kena tipu setiap hari.” tulisnya di Facebook.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Na’im Mokhtar berk4ta bahawa perkara tersebut berada di luar kawalan kerajaan dan pihak mereka memah4mi beban yang bakal dialami para jemaah.